Jun 22, 2011

CERAMAH ISU-ISU SEMASA

PADA 24 JUN NI (JUMAAT) JAM 9 MALAM , AKAN DIADAKAN SATU CERAMAH DI DATARAN SAYONG YANG TERLETAK DI KUALA SAYONG HULU. PENCERAMAH YANG DIJEMPUT ADALAH USTAZ IDRIS AHMAD, USTAZ AZLI MUSA DAM DR NAJIHATUSSOLEH......SEMUA DIJEMPUT HADIR

Jun 13, 2011

GERAK GEMPUR DAFTAR PEMILIH

MTD N34 kini telah mula menjalankan Gerak Gempur Daftar Pengundi baru bagi seluruh UPU-UPU di Dun Bukit Chandan. MTD N34 kini telah menjalankan operasi Gerak Gempur bagi fasa ke 3, setelah mula dijalankan bermula bulan Ogos tahun lalu. Kita mula bergerak dari rumah-kerumah setiap ahli dan penyokong PAS serta pakatan Rakyat.

Setiap ahli keluarga PAS & penyokong Pakatan Rakyat yang berumur 21 tahun ke atas, akan didaftarkan untuk menjadi pengundi yang sah. Kita berharap usaha kita ini akan menambahkan pengundi Pakatan Rakyat bagi menghadapi PRU 13 yang dijangkan akan berlaku pada tahun ini. Diharapkan PRU 13 diadakan paling awal bulan 11, supaya nama pengundi baru yang telah didaftar ini dapat mengundi, InsyaAllah dan supaya persediaan untuk menghadapi dapat dikemaskan lagi. Diharapkan semua AJK & petugas pilihanraya perlu bangkit & menyediakan diri untuk menghadapi kerja-kerja pilihanraya.

Untuk mereka yang ingin membantu untuk menjadi petugas, boleh menghubungi pihak sekretariat MAJLIS TINDAKAN DUN seperti no berikut:
Pengerusi : 019-5121196
Setiausaha : 010-4633453

Kita amat memerlukan petugas yang ramai untuk melaksanakan kerja-kerja pilihanraya PRU 13 kelak. Marilah kita menyumbang tenaga untuk perjuangan Islam bagi menumbangkan BN yang zalim. Takbirrrr

May 26, 2010

CERAMAH UMUM

CERAMAH UMUM
Pada:27 mei 2010 /13 Jamadil Akhir 1431h
Khamis ,9 malam.

OLEH: YB.Dato' Seri IR.Hj.Mohammad Nizar Bin Jamaluddin
(Timbalan Pesuruhanjaya 1 Badan perhubungan Pas Perak, Adun Pasir Panjang/Ahli Parlimen Bukit Gantang)

BERTEMPAT:(Markaz Tn.HJ.Dahalan,Senggang)
Kg.Kubang Pekan,Menora,Kuala Kangsar.

Tuan/Puan selaku Penyokong Pakatan Rakyat Parlimen Kuala Kangsar dijemput Hadir bagi menyemarakkan lagi majlis yang dianjurkan oleh Zone 3 Dun Chandan N34( cawangan Kubang Pekan ,Rambai 7,Senggang,Seberang Manong,dan Bekor).

Jan 23, 2010

CERAMAH ISU-ISU SEMASA OLEH TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS PUSAT


CERAMAH ISU-ISU SEMASA OLEH USTAZ AZMAN SHAPAWI ABD RANI, TIMBALAN KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
AKAN DIADAKAN DI MARKAS HJ NAZIR / MARKAS MTD BUKIT CHANDAN YANG BERTEMPAT DI SAYONG TENGAH, KUALA KANGSAR,
PADA 6 HB FEBRUARI 2010, HARI SABTU JAM 9 MALAM,
ANJURAN UPU SAYONG LEMBAH BERSAMA MTD BUKIT CHANDAN

SEMUA HADIRIN DI JEMPUT MENGHADIRINYA !!!


Dec 24, 2009

CERAMAH OLEH KETUA PENERANGAN PAS PUSAT DI SENGGANG


SATU CERAMAH ISU SEMASA OLEH ALFADHIL USTAZ HJ IDRIS B. AHMAD , KETUA PENERANGAN PAS PUSAT AKAN AKAN DI ADAKAN DI MARKAS PAS SENGGANG PADA 25HB DISEMBER INI (HARI JUMAAT , JAM 9 MALAM)

SEMUA DIJEMPUT HADIR !!!

TERUTAMA BAGI MASYARAKAT DI DUN BUKIT CHANDAN, KHUSUSNYA BAGI MEREKA DI BEKOR, SEBERANG MANONG, SENGGANG , KUBANG PEKAN, RAMBAI TUJUH, BENDANG KERING DAN KAWASAN SAYONG.

Nov 9, 2009

PROVOKASI MEREKA TERHADAP PAS & PKR TELAH BERMULA

Merka telah melakukan provokasi dengan memasang poster plastik berkualiti " PAS TIDAK RELEVEN " , "Husam Kudakan Tok Guru ", "HUsam Kuda Anwar " ditampal di pondok bas pokok-pokok di Parlimen Bagan Serai. Selain dari ibu Banner berukuran 6 kaki X 4 Kaki turut dipasang ditempat tempat awam untuk memburukkan PAS khusunya kepimpinan.


Menurut Naib YDP Kawasan Us Sabri Sabran beliau mula melihat semasa awal pagi sabtu semasa hendak ke Konvensyen PAS Pusat dan mengarahkan Unit Amal untuk menurunkan banner dan membuka poster yang dilekatkan oleh upahan-upahan mereka

Pada pagi Ahad seorang peniaga yang En Awi beliau telah menurunkan beberapa banner dan membuka poster di pekan semanggol untuk memburukkan PAS. Menurut Tn. Hj Ismail yang tinggal di Jalan Gula Simpang Empat Semanggol terletak dalam DUN Selinsing beberapa banner dan poster turut digantung dan ditampal oleh mereka untuk memburukkan PAS. Beliau bercadang untuk membuat laporan polis.. Adalah diharapkan petugas-petugas pas mengambil langkah untuk mengawasi mereka yang tidak bertanggungjawab dengan membuat laporan polis.

Menurut beberapa penganalisis politik yang ditemubual DUN Perak semakin hampir untuk di bubarkan . mereka mula menyerang PAS untuk menghilangkan sokongan orang melayu terhadap PAS khususnya DUN Semanggol dan Selinsing.



Dipetik dari: BLOG CINA ISLAM

Nov 6, 2009

PROGRAM NAIB PRESIDEN YB SALAHUDDIN AYUB DI KUALA KANGSAR PADA 1HB NOVEMBER 2009



Pada 1 November yang lepas, YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS telah melakukan lawatan kerja satu hari di Kuala Kangsar. Bermula dengan program jam 3.30 petang iaitu Mesyuarat & Taklimat bersama wakil Cawangan PAS seluruh Kawasan Kuala Kangsar di Dewan Baru PAS Kawasan, Bukit Chandan.

Kemudian jam 5.30 petang, program minum petang bersama ahli Cawangan Ara Panjang, Manong, jam 6.30 petang, program dialog bersama kelab penyokong PAS di dewan DAP Jerlun dan akhirnya Ceramah Perdana bersama penceramah jemputan yang lain di Padang hadapan Markas Tarbiah PAS Kuala Kangsar sebelah Istana Iskandariah.

Semoga kedatangan YB Salahuddin ini dapat menambahkan kekuatan mental & motivasi serta iltizam kepada semua ahli & penyokong PAS di Kuala Kangsar amnya serta pada pimpinan PAS khususnya.

TAKBIR !!