May 6, 2009

Dunia menyaksikan peristiwa esok....

Esok...
Debaran menanti peristiwa yang akan terjadi esok
Sidang DUN Perak yang dirancang oleh MB Zambry BN...perampas kerajaan Pakatan Rakyat
Kita lihat esok, bagaimana modus operandi mereka untuk menghalalkan segala tindakan
mereka itu...Mereka merancang, tapi rancangan Allah SWT lebih hebat....
Kebenaran dan keadilan akan terserlah jua akhirnya....
Mungkin bukan sekarang masanya ,
tp masanya hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya...

Menanti Hari Esok.....

Debaran Menanti Sidang DUN Perak!
APAKAH boleh diikhtiraf Perak dalam keadaan selamat? Dalam keadaan aman dan politiknya stabil? Sukar untuk menerima dakwaan daripada sesiapa pun dewasa ini. Baik oleh Menteri Besar UBN, Zambry Abdul Kadir atau menteri besar Pakatan Rakyat, Mohamad Nizar Jamaludin. Perak kini berada dalam keadaan berselerakan dan disorot leh seluruh dunia politik!
Menjelang sidang Dun esok, Khamis, kini bumi Perak sudah mulai panas dan sudah ada asap berkepul-kepul. Khabarnya sudah ramai juga orang luar termasuk dari Kuala Lumpur sudah tiba di Ipoh. Wartawan dan jurufoto juga sudah lebih 100 berada di sana bersedia untuk membuat liputan. Menjelang tengah malam ini mungkin angka bertambah ramai lagi.
Kenapa saya melontarkan persoalan di atas?
Bayangkan hanya kerana nak mengadakan sidang Dewan polis terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengawal keselamatan. Polis sudah mengawal bangunan SUK Perak di mana ditempat Dun Perak.
Kawasan sekitar bangunan SUK Perak juga sudah diwartakan sebagai kawasan larangan. Sesiapa dilarang menghampiri kawasan itu dalam jarak 500 meter. Bukan itu saja, wartawan juga diperintah supaya tidak membuat liputan, kecuali yang mendapat pas khas. Ini satu arahan dan stail baru di Perak yang kini dipimpin kerajaan UBN.
Petang ini pula dua orang yang merancang hendak mengadakan tunjuk perasaan sebagai memprotes sidang itu sudah dicekup polis. Malam tadi, aktivis sosial Wong Chin Huat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan. Dan petang ini Mohammad Sabu yang merancang mengadakan solat hajat di Perak juga sudah dicekup polis.
Khabarnya kini beliau di bawa ke Slim River untuk reman?
Dengan perkembangan dana suasana itu apakah boleh diterima Perak selamat? Perak stabil dan Perak tidak menghadapi apa-apa? Kalau benar Perak selamat, Perak aman dan stabil, masakan polis terpaksa membawa trak, water cannon untuk mengawal sidang Dun? Tidak ada pun ahli Yang Berhormat menerima SMS nak dibunuh seperti di Terengganu. Mereka cuma nak bersidang tetapi terpaksa diberi kawalan di raja demikian rupa.
Jawabnya Perak kini tidak selamat. Perak dalam keadaan tidak stabil dan Perak dalam keadaan kacau bilau! Kerana itulah polis terpaksa dikerah dan bekerja lebih masa. Semuanya kerana peristiwa rampasan kuasa di Perak dua bulan lalu.
Persoalan kini apakan tunjuk perasaan esok akan berjalan seperti dirancangkan? Jika diperhatikan kepada apa yang berlaku sebelum ini, setiap yang dirancang akan berlaku. Para petunjuk perasaan tidak mudah mengaku kalah. Malahan bagi sesetengah mereka halangan dan kawalan polis sebagai ramuan kepada kerja mereka. Penangkapan Wong Chin Huat dan Mohammad Sabu rasanya tidak akan memberi apa-apa kesan.
Begitu juga larangan dan kawalan ketat polis. Ia tidak melemahkan semangat mereka. Bahkan makin dikawal makin bersemangat para penunjuk perasaan ini. Sesetengahnya telah menjadi tunjuk perasaan sebagai pekerajaan sambilan di zaman ekonomi meleset dan kerja berkurangan ini.
Lihat apa yang berlaku di perkarangan Istana Kuala Kangsar tidak lama dulu sewaktu upacara angkat sumpah Menteri Besar UBN. Kejadian tidak terbayang telah berlaku di situ bila mana sekumpulan penunjuk perasaan menyerbu ke arah kereta Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah. Ada yang sanggup membaringkan di tengah jalan, bermaknanya ada yang sanggup menggadaikan nyawa mereka.
Tunggu sahajalah perkembangan esok. Dan pada saat ini apa yang dapat saya suluhkan, pastinya berlaku ialah perebutan kerusi speaker. Kemungkinan Timbalan Spekaer, Hee Yi Foong akan ditolak menghampiri kerusi speaker. Beliau yang dijangkakan mempengerusikan sidang itu sebagai mengganti speaker S Sivakumar yang diusulkan akan dipecat dan diganti dengan muka baru.
Apakah akan berlaku pertengkaran? Sivakumar pasti akan hadir. Tidak ada kuasa yang boleh menghalangnya daripada hadir di sidang Dewan itu. Beliau masih lagi sepaker yang sah. Sivakumar akan berkeras untuk mempengerusi sidang Dun itu nanti. Ketika inlah nanti kalau sesuatu akan berlaku. Keadan pasti akan kelam kabut dan riuh randah.
Mungkin untuk mengelakkan peristiwa bakal berlaku itu dirakam media massalah maka media massa (alternatif) dihalang awal-awal lagi. Tetapi dalam dunia IT kini, apakah pihak berkuasa bentara Dun, polis, SB dan apa-apa lagi pasukan dapat mencegah daripada peristiwa itu akan dicerita dan dilaporkan di luar? Saya raya tidak boleh... apa yang berlaku di Dewan akan juga diketahui oleh dunia luar.
Sebaliknya dengan menutup pintu kepada telinga dan kamera wartawan menyebabkan peristiwa yang bakal berlaku berlaku esok akan dispekulasikan dengan berbagai versi. Tunggulah... [wm.kl.8:50 pm 06/05/09]
Posted by mso.im at 8:45:00 PM
Labels: