Apr 28, 2009

Permohonan Zambry di tolak......

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Zambry supaya diisytiharkan sebagai MB yang sah. Keputusan itu dibuat oleh kelima-lima hakim. Dalam penghakiman tersebut, mereka sebulat suara berpendapat kes itu perlu dirujuk dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi bukan Mahkamah Federal. Nampaknya jalan pintas yang cuba diguna oleh Zambry melalui peguam-peguamnya telah dipintas juga oleh para hakim yang arif lagi bijaksana. Zambry gagal menggunakan Mahkamah Persekutuan untuk mengisytiharkannya sebagai MB yang sah. Dia berbuat demikian sebab tertekan dengan gelombang rakyat yang tidak mengiktiraf sebagai MB yang sah di Perak. Kemana sahaja dia pergi rakyat mencemuhnya dan mengelar MB haram.

Dalam kes yang difailkan oleh Zambry pada beberapa hari yang lepas, beliau menuntut Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir:
1) Samada Sultan Azlan Shah mempunyai kuasa menolak permohonan Nizar untuk membubarkan DUN apabila beliau hilang kepercayaan DUN.
2) Apabila Sultan tidak mempersetujui permintaan Nizar, adalah dianggap Nizar dan EXCOnya telah meletak jawatan.
3) Apabila Nizar tidak mahu meletak jawatan, Sultan mempunyai hak untuk melantik Zambry berdasarkan Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, selepas Sultan berpuas hati Zambry mendapat kepercayaan DUN.

Zambry mahu Mahkamah Persekutuan membuat pengiktirafan bahawa beliau merupakan Menteri Besar Perak yang sah dari tarikh perlantikannya iaitu 6 Februari 2009. Zambry membuat permohonan kepada Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.Dengan itu, kes permohonan Zambry bagi mengisytiharkannya sebagai MB yang sah akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Kisah MB Perak dibawa ke Mahkamah Tinggi...

28 April 2009

Kesahihan MB Perak: Mahkamah Tinggi diminta putuskan
.fullpost{display:inline;}

KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa pertikaian antara Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengenai siapa Menteri Besar yang sah akan didengar dan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi.Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff sebulat suara memutuskan wujud pertikaian fakta dalam dua afidavit yang diikrarkan oleh Mohammad Nizar dan Penasihat Undang-undang Negeri Perak Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.Prosiding untuk meneliti afidavit Ahmad Kamal akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim pada Isnin.Ini merupakan kali kedua kes itu dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi.Kali pertama ialah pada 23 Mac apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan isu membabitkan tafsiran Perkara 16(6) Undangundang Tubuh Negeri Perak perlu didengar dan diputuskan di Mahkamah Tinggi dan hanya boleh dirujuk semula ke Mahkamah Persekutuan melalui rayuan.Alauddin, Hakim Besar Malaya Datuk Ariffin Zakaria dan hakimhakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusuf dan Datuk James Foong hari ini dijadual mendengar permohonan Zambry, yang difailkan pada 21 April, untuk memohon pengisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Besar yang sah. BERNAMABERITA TERDAHULUKUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan memutuskan agar Mahkamah Tinggi yang menentukan fakta-fakta yang menjadi pertikaian berhubung soal pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam krisis politik Perak, yang bermula awal Februari lalu.Sidang lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Alauddin Mohd. Sheriff membuat keputusan sebulat suara hari ini dengan menekankan bahawa terdapat fakta-fakta dipertikaikan yang harus didengar oleh Mahkamah Tinggi.Permohonan untuk semakan kehakiman ditetapkan 4 Mei ini.Dalam permohonannya, bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar kesahihan pelantikan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar negeri itu.-mstar.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 4:16 PM

Apr 25, 2009

UMNO atau PAS ?

@ Penanti - Memilih antara UMNO dan PAS

Untuk melihat sebuah parti itu samada meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan atau tidak bukanlah suatu yang sangat sukar. Setiap parti politik mesti ada undang-undang tubuh atau perlembagaannya. Undang-undang tubuh atau perlembagaan partilah yang menentukan corak dan bentuk sesebuah parti itu. Setiap amalan, sikap, pendirian dan tindakan parti itu adalah merujuk kepada perlembagaannya. Jika perlembagaan perti itu berteraskan sekular, sudah tentu sikap dan pendirian juga amalannya juga mesti merujuk kepada pandangan dan sikap sekularisme.Sebuah parti yang sekular tidak boleh berpendirian dan bersikap menyalahi konsep sekular. Jika parti sekular berpendirian dan bersikap tidak sekular maka ia adalah menyalahi undang-undang tubuh atau perlembagaannya sendiri. Oleh demikian ia tidak dipanggil parti sekular lagi.Begitu juga parti yang undang-undang tubuh atau perlembagaannya berdasarkan Islam. Parti ini mesti bergerak, bersikap, berpendirian dan bertindak mengikut acuan Islam. Sekiranya dalam parti ini bergerak menyalahi Islam maka apa yang dia buat itu adalah tidak sah. Begitulah secara ringkas betapa perlembagaan parti itu mencorakkan rupa bentuk parti itu.
Foto 1 : Blogger alBanjari (raden banjar) di sebelah kiri, Pengerusi Jamai'y Islamiah sedang mempengerusikan Mesyuarat Jamaah di Ipoh ketika kemelut Krisis Perak.
Maka atas perkiraan inilah, maka saya kira Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz telah menyatakan pendirian beliau bahawa hanya PAS menjuarai perjuangan Islam di tanah air ini. Setakat ini tidak ada lagi parti yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan, perlembagaannya benar-benar mengambil Islam sebagai dasar, hanya Parti Islam Se-Malaysia ( PAS ) sahaja. Mungkin ada parti-parti politik lain yang memasukkan perkataan Islam ke dalam perlembagaannya tetapi adakah Islam yang dimaksudkan itu sebagai dasar parti atau sekadar agama seperti agama-agama lain sahaja..?Sebagai perbandingan awal, lihat kepada Perlembagaan UMNO; " Fasal 3(3) asas dan tujuan penubuhan UMNO ialah untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama."Apakah Islam yang dimaksudkan adalah keseluruhan Islam dalam konteks cara hidup ? Ini termasuklah cara berpolitik atau sekadar perkara-perkara rasmi sahaja yang hendak ditegak, dipertahan dan dikembangkan ? Benar, dalam konteks politik Malaysia, UMNO yang membentuk kerajaan memang meletakkan Islam dalam perlembagaannya, tetapi Islam sebagai agama itu adalah bersifat tiga serangkai bersama-sama bangsa dan negara.Agama merupakan satu daripada tiga perkara yang diperjuangkan. Apabila terdapat tiga perkara untuk diperjuangkan, mungkin di sana terdapat keutamaan-keutamaan yang perlu disegerakan dan keutamaan lain ditangguhkan dahulu. Dalam lain-lain hal mungkin keutamaan tidak diberikan kepada agama sahaja. Mungkin terdapat beberapa hal bangsa itu atau negara itu diutamakan dari perkara lain. Maka soal agama tidak semestinya menjadi keutamaan yang paling utama. Ada masanya agama perlu ditolak untuk mengutamakan keutamaan yang lain.Jika dilihat kepada khalayak, mereka2 yang yang mahu menyertai UMNO, antara syaratnya ialah patuh dan taat kepada Perlembagaan UMNO dan Perlembagaan Persekutuan. Sedangkan jika kita rujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, peruntukan seperti perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan adalah jelas bercanggah dengan Islam.Perkara 4(1) Perlembagan Persekutuan berbunyi ; "Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu "Berdasarkan kepada 2 (dua perkara) yang menjadi asas kepada penubuhan UMNO itu, jelas bagi kita bahawa agama yang diperuntukkan dalam perlembagaan UMNO itu ialah agama yang difahami sama seperti agama-agama yang lain, bukannya Islam yang bermaksud Ad-Deen atau sistem hidup atau cara hidup yang lengkap dan menyeluruh.Mereka yang menjadi pendokong dan penyokong parti sekular seperti UMNO juga mengakui bahawa Al-Quran itu kitab mereka. Tetapi dalam masa yang sama mereka menjadikan perlembagaan negara sebagi rujukan tertinggi menggantikan autoriti Al-Quran sebagai rujukan tertinggi dalam pemerintahan serta pentadbiran negara atau rujukan kepada apa-apa keputusan politik yang mereka buat.Maka kekal lah Al-Quran itu hanya menjadi rujukan tertinggi dalam ibadah sahaja. Sepatutnya, sesebuah parti yang benar-benar menjadikan Islam sebagi imannya tidak boleh menjadikan dua perkara sebagai rujukan tertinggi dalam satu masa.Merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, semua undang-undang yang bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan akan terbatal setakat mana ia bercanggah. Dalam peruntukan ini, mereka meletakkan perundangan negara sebagai rujukan serta perundangan tertinggi dan undang-undang lain ( termasuk syari'at Islam ) adalah terbatal sekiranya bercanggah dengannya.Ini bermaksud, sekiranya Al-Quran dan Al-Hadith bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, maka Perlembagaan Persekutuan yang akan dipakai dan secara automatiknya Al-Quran dan Al-Hadith tiada terpakai. Maknanya, undang-undang Persekutuan boleh membatalkan undang-undang Islam yang berasaskan Al-Quran dan Al-Hadith. Perkara ini adalah amat serius di sisi 'aqidah bahkan boleh menjadi syirik kerana menolak sumber utama rujukan Islam.Jika penyokong dan pendokong UMNO mengatakan ianya adalah berdasarkan Islam, maka perkara tidak boleh berlaku. Sepatutnya kedaulatan Islam itulah yang paling tinggi dan tiada yang lebih tinggi dari Islam walaupun perlembagaan persekutuan dan undang-undang lain akan terbatal sekiranya bercanggah dengan Islam. Sebagai contoh, sekiranya Akta Keselamatan Dalam Negari ( ISA ) dan riba itu bercanggah dengan undang-undang serta kaedah Islam, ia tidak boleh diamalkan di negara ini sebab ia bercanggah dengan Islam. Berlainan dengan UMNO kerana mereka tetap mempertahankan perlembagaan negara di dalam undang-undang tubuhnya. Inilah yang didokong oleh UMNO.Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa sesebuah parti politik itu hendaklah dinilai bukan sekadar pada yang tersurat tetapi yang tersirat contohnya, Undang-undang tubuh atau perlembagaan parti walaupun tercatit tetapi kita hendaklah menilai bukan sahaja pada yang tersurat tetapi kita juga hendaklah menilai yang tersirat yang dapat kita capai dengan pemikiran kita. Bagi saya apa yang tersirat tidak boleh dijadikan hujah kerana ia tidak diketahui oleh sesiapa melainkan Allah Ta'ala.
Sekiranya Parti Politik itu politiknya Islam sudah tentu parti tersebut akan mengisytiharkan dan menyatakan dengan jelas bahawa Islam adalah dasar dan teras perjuangan. Kita hanya menilai dengan perkara zahir. UMNO serta parti sekular yang lain (termasuk PKR) sebuah organisasi dan hatinya tertulis di dalam perlembagaan atau undang-undang tubuhnya. Di situlah dapat kita persoalkan apakah di dalam perlembagaan atau undang-undang tubuh UMNO serta parti-parti yang lain (termasuk PKR) tertulis dengan jelas perkataan Islam untuk ditegakkan secara kompreshensif ?Suasana di atas sudah pasti berbeza dengan PAS. PAS pada asasnya bukanlah sebuah organisasi politik. PAS adalah sebuah gerakan atau jama'ah yang memperjuangkan Islam untuk ditegak dan dilaksanakan. Untuk menegak dan melaksanakan Islam, PAS mesti mendapat kepercayaan mejoriti undi untuk mencapai matlamatnya.Oleh itu usaha-usaha perlu dilakukan. Untuk mencapai maksud itu, sudah pastilah PAS akan menyertai pilihanraya. Untuk menyertai pilihanraya, PAS mesti berdaftar dengan pendaftar pertubuhan sebagi parti politik. Jelas di sini bahawa status parti politik adalah wasilah kepada mencapai matlamat PAS. Maka usaha-usaha untuk mencapai matlamat ini juga mesti melalui kaedah yang dibenarkan oleh syarak. Juga ditegaskan sekali lagi, kepada mereka2 yang sering bertanya baik melalui email atau sms, saya menegaskan di sini bahawa Dasar PAS adalah Islam seperti mana yang termaktub di dalam perlembagaan PAS. (alBanjary)
Posted by albanjari at 6:40 PM 0 comments Links to this post

Idea revolusi maklumat 3

Politikal Innovacionne 3By webmaster • Apr 21st, 2009 • Category: Isi I, Mat Saman Kati
Post Meta
April 21, 2009
Isi I, Mat Saman Kati

Comments Below
webmaster
707 Words

“Aku nak tumpang tui tak pa ka?” Pak Caq yang duduk meja sebelah tiba-tiba angkat cawan teh datang menumpang. Bini dia kami panggil Mak Cor, tapi pasai dia orang Kedah…kawin dengan orang Sauk..kena panggil Pak Caq.
“Aku ingat la…kalau kita buat kat markas lagi baguih. Cukup time semayang..kita semayang…time mengaji, kita mengaji.. tapi kalu hangpa buat kat kedai janda Bakaq ni..aku takut..toksah kata budak muda…yang tua-tua pun sat lagi semua dok kerumun janda Bakaq pulak!” kata Pak Caq.
“Ishhh…sekarang ni pun, yang melepak kat kedai janda Bakaq ni semua orang tua. mana ada orang muda? Kalau kita buat kat markas…yang datang orang kita jugak…puak belah nun tak kan nak datang.” balas Pak Nawi. Lama dia diam…tiba-tiba dia bersuara.
“Cakap banyak pun tak guna…dan kalau buat kat Sauk ni saja pun tak guna.” kata Tuan Syed. “Kamu atur dulu, Mat. Revolusi teknologi ini kena ada empat lapis. dan kita ambik Sauk jadi contoh. Lepas tu buat disetiap kawasan Parlimen.
Paling atas…golongan karyawan. Yang ni yang duduk kat Universiti ka..yang jadi Pengarah ka..tapi mesti orang bijak pandai. Jangan jadi macam dulu…bila kita pegang kerajaan..kita lantik tukang gantung bendera jadi ketua kampung. Tukang bancuh kopi kita lantik jadi Ahli Majlis. Tukang jual bundle kita lantik jadi EXCO..kalau kamu buat macam tu jugak…lingkup jaringan kamu.
Bukan kita nak menolak orang yang gantung bendera, tukang bancuh kopi…tapi setiap orang ada peranan sendiri..bergantung kepada kemampuan deme.
Golongan karyawan ni kena buat analisis, tulisan-tulisan yang akademik, perancangan strategik. tapi pasai orang-orang macam ni selalu tulis dalam bahasa orang putih…kena ada satu team penterjemah.
lagi satu…orang macam ni selalunya kena menyorok…sebab kamu tau saje le kat Malaysia ni…silap-silap..hilang! Jadi jangan paksa deme …buat diam-diam.
Maklumat-maklumat yang diperolehi dari deme ni..bagi kat bloggers. Bloggers pulak…kena permudahkan maklumat ini supaya senang orang paham. Kalau kome ambik tulisan NH Chan…Din Merican..Kim Quek..kamu terus bagi kat orang kampung..bukan deme paham. jadi bloggers kena buat kerja sikit…olahkan maklumat tu supaya senang paham. tak ada le..sikit-sikit cerita malam Jumaat je!
Peranan bloggers pulak macam ni. Satu kawasan Parlimen…mesti ada satu blogger yang aktif. Tu paling kurang…kalau dapat lebih lagi baguih. Dan blogger kawasan ni kena lead.
Sekarang ni pun..aku tengok benda ni dah jadi. Kat Parit Buntar..Albanjari dah ada. Kat Bagan Datoh..Ummi Anni dengan Pak Karamu dah ada. Kat Beruas..Cyberboron dah ada. kat Hulu Perak…Sham dah ada.kat Ipoh..Sya-reformis dah ada. Kat Kuala dengan Padang Rengas…kamu dah ada.
Dan setiap blogger ini…deme ada pengikut sendiri. Tu…yang tukang komen tu..aku buat kajian sendiri…hanya 30% yang komen dimerata blog. Lagi 70%..dia cuma komen kat blog pilihan dia saja. Ramai yang komen kat blog Albanjari..tapi tak pernah komen kat Perakexpress. Ramai yang komen kat Perakexpress tapi tak komen kat blog Ummi. Pengikut Sya-reformis pulak banyak budak-budak muda.
Tukang-tukang komen ini la yang akan jadi pelapis ketiga. Tapi , bagi le deme nama yang sedap sikit…Pemaya. Deme ni banyak maklumat tapi malas buat blog sendiri. Jadi…blogger dengan Pemaya perlu ada hubungan rapat. Kalau boleh..biar kenal secara fizikal.Paling kurang…sebulan sekali mesti berjumpa. Blogger menyampaikan maklumat kepada Pemaya. Dan apa yang kamu perlukan ialah setiap blogger mesti kenal sekurang-kurangnya 20 Pemaya.
Dan lapis keempat ialah tentera semut. Tu…yang duduk bawah pokok mempelam…yang lepak kat kedai Bakor… yang lepak kat Simpang traffic light tu. Kalau setiap Pemaya ada 10 orang tentera semut…satu kawasan Parlimen dah ada 200 tentera semut. Berita tengahmalam…pukul 8 pagi dah sampai kat kedai janda Bakaq. Pukul 10 dah merebak kat bawah pokok mempelam..lepas zohor dah merebak kat masjid. Tak payah pakai suratkhabar…tak payah pakai risalah. Kalau boleh cetak lagi baguih.”
Bebuih mulut Tuan Syed. Pak Caq dengan Pak Nawi tak ada can nak tumpang tui. Tuan Syed meneguk kopi O..belemuih bibior dengan seghodak kopi.”Mah!! buat kopi secawan lagi!!” jerit Tuan Syed kepada janda Bakaq.
“Ada satu lagi yang Tuan Syed tertinggai.” kata Pak Caq.
“Apa dia?” tanya Tuan Syed.
“Golongan teknikal.” jawab Pak Caq. “jurugambar..juruvideo..orang telekom..cikgu-cikgu..kakitangan kerajaan..”
“Deme ni nak buat apa?” tanya Tuan Syed.
“jadi SB.La ni..masing-masing ada handphone yang ada camera…boleh tangkap video. Ada gambar atau video…hantaq kat blogger. Cikgu-cikgu boleh salurkan maklumat kepada blogger. Kat sekolah tu…macam-macam maklumat ada. Ibu bapa kerja apa..gaji berapa..semua ada. Yang kerja telekom boleh smuggle maklumat no telephone…no handphone…senang kita nak contact. Kakitangan kerajaan boleh smuggle maklumat…sapa yang dapat tender..sapa punya syarikat.” cerita Pak Caq.
fuiyo!!! ini dah boleh buat satu jabatan!!
Bila PR menang nanti..kena buat satu Kementerian…Hal Ehwal Blogger. tapi kalau kalah..boleh duduk kat Kamunting.
Bonne journee.

Idea revolusi maklumat 2

Politikal Innovacionne 2By webmaster • Apr 20th, 2009 • Category: Isi I, Mat Saman Kati
Post Meta
April 20, 2009
Isi I, Mat Saman Kati

Comments Below
webmaster
1031 Words

Sampai rumah..aku bagi ikan sungai kat bik mama.
“Pasai apa beli ikan pecah perut!!!!?”
“nak buat pekasam!” aku jawab.
“Habih…tengahari ni nak makan apa?” dia tanya
“Goreng telor dah le.”
Aku start motor…rempit menghala kedai janda Bakaq. belum sempat tukor gear 3 dah sampai.
Tuan Syed dengan Pak Nawi masih tercagut kat situ. Aku mintak kopi O lagi secawan. Seronok benor janda Bakaq..sejak nama dia top dalam perakexpress… tak berhenti orang masuk kedai dia.
“Pasai apa orang Melayu tak undi Pas masa kat Bukit Gantang hari tu?” tanya Tuan Syed.
“Sapa kata orang Melayu tak undi Pas?” aku tanya.
“Asmuni yang cakap…Misbah pun cakap.” balas Tuan Syed.
“Pasai apa tak baca blog Cyberboron?..dia punya analisis lebih detail..sampai sapa yang tak balik mengundi pun dia tau.”
“Aku tak baca blog..tapi tak kan Asmuni dengan Misbah cakap ikut sedap mulut kot?” Tuan Syed tanya balik.
“Tak pe la…apa kena mengena undi Melayu dengan revolusi teknologi?”
“Kalau ikut kata Asmuni..orang Melayu tak undi Pas pasai depa terpengaruh dengan dakwaan Umno…depa kata Nizar derhaka…Nizar boneka.”
“Tapi kita dah sebar risalah, dah buat ceramah, buat CD, buat rayu undi dari rumah kerumah.” aku cuba pertahankan walaupun aku sendiri tak pasti berapa banyak risalah yang dibuat.
“Betui…kome dah buat tapi pasai apa Melayu masih tak berubah? Kalau kata Asmuni..maklumat tak sampai. Itu masalah pokoknya! Bior aku bagi tau….edar risalah ni kerja komunis Russia. Komunis Russia pun dah tak ada..dah tak pakai cara tu, tapi kome masih buat lagi benda tu” kata Tuan Syed.
“Hish!!” aku geleng kepala. Patutla orang Pas kata Tuan Syed ni sekular!
“Pengedaran risalah ni dah mula dibuat awal tahun 40an..masa tu deme nak melawan kerajaan. Semua cara nak menyebarkan maklumat dikontrol oleh KGB…jadi deme buat risalah yang dipanggil Samizdat. Serupa macam yang kome buat tu. Memang deme berjaya tapi makan masa yang lama. Lepas tu deme buat Magnitizdat…macam cassete…Lepas tu deme buat Tamizdat.
Memang berkesan tapi makan masa yang lama. Dan yang mengubah Russia cuma dua perkataan…Glasnost dan Perestroika.
Aku tau kome buat CD penerangan…tapi cara tu juga dah lapok!. Betui..Ayatollah Khomeni dulu buat cassete…bagi kat pemandu teksi..pemandu bas..sampai la dia dapat jatuhkan Shah Iran. Tapi itu tahun 1979…30 tahun dulu!!!
Cara kome berkempen dah ketinggalan zaman..Kalau nak kata maklumat tak sampai…memang betui pun. Sebab cara kome cara kuno!!”
“Nasib baik la aku tak buat benda tu.” saja aku nak lepas tengkok.
“Habih kamu buat apa?” tanya Tuan Syed.
“Blogging!” aku jawab pendek.
“Yang baca blog kamu orang kampung kat Bukit Gantang atau yang diluar Bukit Gantang?” Tuan Syed tanya aku.
Tak mampu aku nak jawab..mungkin 5 peratus…atau 10 peratus.
“Aku bukan nak salahkan kome berblogging…tapi perlu dicetuskan usaha itu supaya menjadi satu revolusi. Macam Glasnost…Perestroika…reformasi…Doi Moi..People’s Power!!” Whoa…Tuan Syed ceramah kalah Mat Sabu
“Macam mana?” aku tanya.
“Kome kena tengok balik sejarah tentang penggunaan media untuk mempengaruhi orang ramai. Sebelum Perang Teluk antara Iraq dan Kuwait…media dunia dikuasai oleh AP, AFP dan Reuters. Apa saja cakap deme semua orang percaya. Tapi semasa Perang Teluk..timbul media baru..iaitu CNN. Nama dia pun Cable News Network. Jadi revolusi media pertama ialah CNN. Apa saja cakap CNN..orang percaya. Pasai apa? Pasai dia buat secara live!
Lama kelamaan…CNN pun boleh dimanipulasi…tapi bila keluar Al Jazeera semasa perang Iraq-Amerika…dia mengubah pemikiran orang ramai. Orang sudah mula berfikir tentang perlunya media alternatif yang menyiarkan berita disatu pihak lain. Orang mula membandingkan CNN dengan Al Jazeera dan hasilnya…Al jazeera lebih dipercayaai. Dan masa tu…Al Jazeera tak pakai kabel macam CNN tapi pakai satellite phones dan broadband. Jadi..Al Jazeera lebih diterima kerana dia dapat membawa maklumat dengan lebih cepat dan tepat…disertakan dengan gambar sebagai bukti!
Semasa pengeboman di London pada 7/7/05…maklumat disampaikan dengan handphone dan SMS. Tanya kat mana-mana orang yang tinggal di London…semua tau tentang Nokia-effect!
Kome pakai apa?” tiba-tiba Tuan Syed tanya aku.
Menung aku memikiokannya. Kita tak ada sistem SMS. tapi UBN menggunakan sistem tersebut. Tok sah kata nak pakai laptop bagi setiap petugas..nak cari desktop kat bilik gerakan pun susah. Tok sah kata nak pakai Ipod..ada handphone pun tak di optimumkan penggunaanya.
“Tok sah pikio panjang-panjang, Mat.” kata Tuan Syed. “kamu improvekan blog kamu dengan geng-geng kamu dulu…cukup le.”
“Mana aku nak ceghoko duit..nak tanggung blog sendiri pun kena mintak derma.” aku jawab.
“Kalau kamu nak buat semua…memang la kena banyak duit. Kena kongsi sama-sama. jadikan bog kamu tu blog rakyat. Jadikan setiap penyokong-penyokong kamu sebagai tentera semut yang buat kerja tanpa mintak upah.” kata Tuan Syed.
“Ada lagi ke orang macam tu? kat mana nak cari orang yang buat kerja tanpa upah?” aku tanya.
“Jangan ingat tak ada!!! melambak orang yang nak bagi maklumat kalau betul caranya.”
“Macam mana?”
“Perluaskan Bloggers Network kamu…jadikan setiap orang yang melayari internet sebagai salah satu jaringan kamu dan namakan mereka sebagai Pemaya. Kalau kamu dapat adakan satu Pemaya disetiap kampung..kamu dah dapat maklumat tentang semua penduduk kampung tersebut.
tapi…maklumat kena dua hala. Deme bagi kamu maklumat tentang apa yang deme tau…kamu kena bagi maklumat tentang apa yang kamu tau.” jelas Tuan Syed.
“Bahaya Tuan Syed…kalau dapat tau dek SB macam mana?” aku tanya.
“Tu la pasai…kome ada maklumat…kome simpan. Takut SB tau. Aku nak bagi tau kat kamu le…kalau SB tak dapat maklumat kamu…deme bodoh. Kome simpan le macam mana pun…deme boleh korek. Yang deme tak boleh cari…kalau ada orang hilang. Yang tu kena tanya Najib.
Tapi pasai kome takut sangat kat SB…penyokong dan petugas kita tak ada maklumat!! Tu pasai yang kerja ikut cara masing-masing. Lepas tu bergaduh sama sendiri!
Aku nak tanya…sapa yang tau tahap kekuatan dan kelemahan kita?” tanya Tuan Syed.
“Pengarah-pengarah kat bilik gerakan la. ” aku jawab.
“Tu la….orang kat bawah tak tau. Deme tengok ramai orang datang ceramah…deme ingat dah kuat. Over confident. Last-last..lingkup. Bila kita tanya macam mana keadaan…senang benor deme jawab…Ohhh…Cina 80%…Melayu 50%..India 60%…boleh menang dah!! Tapi bila mintak statistik…mula le kelemayor.
Tolong la Mat…Kalau ingat nak menang…kena ada revolusi maklumat. Dan cara penyampaian maklumat tak boleh buat macam dulu. Katuk kerantung..panggil orang datang lepas tu ceramah…yang tu tak boleh pakai. Revolusi maklumat kena buat melalui revolusi teknologi.
Daripada kome bagi kat budak-budak muda tu duit untuk beli jersi dan bola..lebih baik kome pasang Wifi kat bawah pokok mempelam ke…bior penuh budak-budak muda bawa laptop.
Daripada kome buat kenduri sampai 10 ekor lembu…lebih baik kome buat gerai teh tarik…siap dengan streamyx. Kedai janda Bakaq ni pun…kalau pasang Wifi…boleh jadi macam kopitiam…macam Starbuck.
Tapi…kalau kome masih nak buat cara komunis dulu…aku tak boleh nak cakap apa la.
Dah kalah esok…buat lagi post mortem cari sebab kekalahan. dan alasanya serupa tu jugak. Maklumat tak sampai!”

Idea revolusi maklumat 1

Politikal Innovacionne 1
By webmaster • Apr 18th, 2009 • Category: Isi I, Mat Saman Kati Post Meta
April 18, 2009Isi I, Mat Saman KatimskComments Belowwebmaster757 Words

Pagi tadi…lepas beli ikan sungai kat pekan Sauk..aku ingat nak balik menebas keliling rumah. Lalang dah mencucuk pinggang..temucut dah sampai kelutut.

Sebaik melintasi kedai Janda Bakaq..ada suara menjerit dalam kedai,.” Ooi!!! Kopi O Sauk dah tak sedap ke?”

Mak datuk…tajam perli deme. Aku konar kapcai aku dan terus singgah.

Dalam kedai..Pak Nawi tengah seronok pekena teh dengan kundas ..dan disebelahnya ada sorang lagi. Aku tak kenai sapa.

“Yang ni Tuan Syed..PPD pencen” Pak Nawi memperkenalkan aku kat orang sebelahnya.

“Nak minum ke Bang Maaaat?” Fuiyo….janda Bakaq pun sebut nama aku sampai enam harkat. Tak sangka…dua bulan tak tengok muka aku….ada jugak orang yang rindu. Kalau bik mama aku tau..naya.

“Apa perkembangan terkini?” Pak Nawi tanya aku.

Aku dah tak larat nak jawab soalan tu..sepanjang dua bulan lalu..soalan Pak Nawi tu mungkin kali yang ke 786 orang tanya kat aku. Dan aku tak tau nak jawab apa.

“Nak balik ke Ipoh lagi ke?” Pak Nawi tanya lagi.

“Tak…aku nak menebas…bukak tanah…nak bela kambing balik.” aku jawab.

“Aiik??? dah selesai ke?”

“Mana boleh selesai. Selagi tak ada pilihanraya…selagi tu la tak selesai.”

“Habih..kamu dah serenda (surrender)?” tanya Pak Nawi.

“Bukan serenda…tapi nak cari makan dulu. Ada duit lebih sikit-sikit esok…baru buat balik.” aku jawab.

“Mintak mahap le Ncik Mat…teman nyampuk boleh ke?” Tuan Syed mencelah. “Sebabnya…teman kesian negok kome buat kerja macam orang tak pakai akai.”

Phew!!! berdesing telinga aku. Ni mesti puak belah nun!!!

“Teman dah 33 tahun dalam servis…tiap kali pilihanraya…kami kat jabatan pendidikan kena jadi barua Umno. nak buat macam mana..nak cari makan. tapi bila dah bersara…teman cuba masuk Pas…tak sesuai. Teman keluor…masuk PKR…tak sesuai jugak. Sebab cara kome kerja dari dulu sampai sekarang macam tu jugak. Kalau nak menang pun…tunggu Umno berpecah. nak harap strategi baru…pendekatan baru dalam Pakatan ni..jauh semanggang dari api.” Tuan Syed memulakan ceramah.

“Kome ingat boleh menang ke lawan kat mahkamah?” tanya Tuan Syed.

Aku tak jawab. Nak kata boleh…aku tak harap. Nak kata tak boleh..nak buat macam mana?

“Aku tak harap…” kata Tuan Syed. “Bukan kome tak tak tau mahkamah kat Malaysia ni macam mana! kalau mahkamah boleh buat keputusan mengatasi Speaker…maknanya Speaker tak ada kuasa. Kalau Speaker tak ada kuasa…apa guna ADUN-ADUN bertekak buat undang-undang? Mana ada separation of power lagi dah!

Sepatutnya kome jangan buang masa turun naik mahkamah…tumpukan macam mana nak perkemas jentera pilihanraya…macam mana nak tawan hati pengundi…kena pikirkan macam mana nak menang pilihanraya.

Kome mintak bubar DUN…tapi kalau jadi bubar DUN…kome dah bersedia ke?” tanya Tuan Syed.

Aku teguk kopi O…biarkanlah Tuan Syed berceramah.

“Kome tak boleh nak lawan Umno macam dulu…kena berubah sikit. Deme kontrol semua..jabatan kerajaan, polis, tentera…Raja-Raja pun deme kontrol. kome nak lawan macam mana? Ceramah? Edar risalah? Bukan aku nak kata tak boleh buat ceramah atau edar risalah….tapi pendekatan tu kena la berubah sikit.

Cuba kome tengok kereta jepun. Dalam setahun…berapa model yang deme keluor? Yang ni penting. Dalam bisnis…kalau tak ada innovasi baru…akan ketinggalan. Politik pun macam tu jugak…kena ada innovasi…kena ada perubahan.

Sekarang ni aku tengok…Nizar dengan Siva dok turun naik mahkamah…yang duduk kat bahagian atau kawasan buat apa? Mana pegi ketua-ketua kampung yang kome pilih dulu? mana Ahli Majlis yang kome pilih dulu?” bebuih mulut Tuan Syed.

“Bila Pakatan rakyat tumbang dek rampasan kuasa hari tu..yang kat bawah ni bercempera…lari lintang pukang tak tau apa nak buat. Ada kome buat perancangan macam mana nak gunakan deme ni?”

Fuh!!banyak soalan Tuan Syed..tapi dia bukan nak dengar jawapan aku. tapi aku celah juga…” Ngape Tuan Syed tak masuk mana-mana parti?…kemudian bawak la idea tu kat deme.”

“Aku cakap Pas..deme kata aku sekular. Aku cakap PKR..deme tak tau apa yang aku cakap.” jawab Tuan Syed.

“Apa yang Tuan Syed cakap kat deme?” aku tanya.

“Aku cakap tentang innovasi politik. Tentang CNN-effect…tentang Aljazeera-effect…tentang Nokia-effect…tentang Bloggers-effect. Tapi deme kata aku sekular…baca Fatehah pun tak betui, cakap tak quote Quran dan hadis….naya la aku.” jawab Tuan Syed.

Tok sah kata pemimpin Pas atau PKR…aku pun tak pernah dengor benda yang dia cakap!!

“Macam ni la..” kata Tuan Syed. “krisis di Perak ni bukan krisis perlembagaan. Ini krisis luar perlembagaan..kalau orang ikut perlembagaan…tak jadi krisis. Kalau kome nak lawan ikut perlembagaan…mati le kome. ”

“Habih…tak kan nak berperang kot?” aku tanya.

“Tu la pasai…kamu pun otak macam deme!” selamba je Tuan Syed pangkah aku. “Revolusi Bolshevik berjaya bukan melalui mahkamah atau pilihanraya. Shah Iran berjaya ditumbangkan bukan melalui pilihanraya atau mahkamah. Dan Lech Walesa jadi Presiden Poland bukan kerana dia menang pilihanraya.”

“Whoit!! nak buat revolusi jalanan pulak?” aku tanya.

“Tak..Revolusi teknologi!!” balas Tuan Syed. Pak Nawi masih dok nganga.

“Mah!! bagi teh satu lagi!!” Tuan Syed minta teh lagi satu cawan kat janda Bakaq. Kalau aku tunggu..mesti ikan aku busuk dalam bakul motor.

“Nanti sat Tuan Syed…saya hantor ikan balik dulu. Karang ngamok pulak bik mama kat rumah.” aku minta balik sekejap.

Sukan Air Rakyat di Kuala Kangsar

Hari ini....berlangsungnya Sukan Air Rakyat Sempena Keputeraan Sultan Perak di sekitar Padang Taman Kanak-kanak Kuala Kangsar, bermulanya dari 8 pagi hingga 5 petang. Esok pula ....ada pertandingan vespa dan pelbagai lagi.
Macam-macam ada....beribu rakyat dari pelusuk kampung seluruh Perak, datang menyaksikan pelbagai pertandingan sukan air yang diadakan disini.
Namun begitu...pihak PAS mengharapkan segala aktiviti yang diadakan itu tidak melanggar syariat Islam dan batas pergaulan perlu di jaga supaya maksiat tidak berleluasa.Program ini kalau tidak dijaga batas pergaulan dan syariat, menyebabkan gejala sosial berleluasa.
Seronok-seronok juga....syariat Islam wajib ditegakkan.
Wallahualam.