Jun 22, 2011

CERAMAH ISU-ISU SEMASA

PADA 24 JUN NI (JUMAAT) JAM 9 MALAM , AKAN DIADAKAN SATU CERAMAH DI DATARAN SAYONG YANG TERLETAK DI KUALA SAYONG HULU. PENCERAMAH YANG DIJEMPUT ADALAH USTAZ IDRIS AHMAD, USTAZ AZLI MUSA DAM DR NAJIHATUSSOLEH......SEMUA DIJEMPUT HADIR

Jun 13, 2011

GERAK GEMPUR DAFTAR PEMILIH

MTD N34 kini telah mula menjalankan Gerak Gempur Daftar Pengundi baru bagi seluruh UPU-UPU di Dun Bukit Chandan. MTD N34 kini telah menjalankan operasi Gerak Gempur bagi fasa ke 3, setelah mula dijalankan bermula bulan Ogos tahun lalu. Kita mula bergerak dari rumah-kerumah setiap ahli dan penyokong PAS serta pakatan Rakyat.

Setiap ahli keluarga PAS & penyokong Pakatan Rakyat yang berumur 21 tahun ke atas, akan didaftarkan untuk menjadi pengundi yang sah. Kita berharap usaha kita ini akan menambahkan pengundi Pakatan Rakyat bagi menghadapi PRU 13 yang dijangkan akan berlaku pada tahun ini. Diharapkan PRU 13 diadakan paling awal bulan 11, supaya nama pengundi baru yang telah didaftar ini dapat mengundi, InsyaAllah dan supaya persediaan untuk menghadapi dapat dikemaskan lagi. Diharapkan semua AJK & petugas pilihanraya perlu bangkit & menyediakan diri untuk menghadapi kerja-kerja pilihanraya.

Untuk mereka yang ingin membantu untuk menjadi petugas, boleh menghubungi pihak sekretariat MAJLIS TINDAKAN DUN seperti no berikut:
Pengerusi : 019-5121196
Setiausaha : 010-4633453

Kita amat memerlukan petugas yang ramai untuk melaksanakan kerja-kerja pilihanraya PRU 13 kelak. Marilah kita menyumbang tenaga untuk perjuangan Islam bagi menumbangkan BN yang zalim. Takbirrrr