Oct 17, 2009

I MALAYSIA DI PERAK HARI AHAD INI....

1 Malaysia di Perak ahad ni , harap Najib jangan lupa untuk umumkan hasrat bubarkan DUN Perak.

Media melaporkan semua persiapan berjalan lancar untuk pelancaran program '1 Malaysia Bersama Rakyat Negeri Perak' oleh Perdana Menteri 1 Malaysia, Najib Tun Razak di Stadium Perak di sini malam ini.

Majlis pelancaran kononnya akan dihadiri lebih 50,000 rakyat pelbagai kaum dan agama.

Selain persembahan nyanyian dan kesenian, program yang akan dilancarkan pada 8.30 malam itu juga dimeriahkan dengan pelbagai acara seperti pameran dan gerai jualan yang bermula sejak pagi tadi.Program itu adalah yang julung kali diadakan dan ia akan dilancarkan di setiap negeri selepas Perak.

Semalam saya mengikuti dua program di Tambun Ipoh, satunya majlis sambutan Aidilfitri PAS Cawangan Batu 5 dan selepas ini memberikan kuliah di Surau di cawangan yang sama.

Laporan diberikan di mana sekolah dan jabatan kerajaan dikerah sepenuhnya untuk mengumpulkan sebanyak mungkin pengunjung. Mereka dijanjikan dengan duit RM 10 , makan free dan bas percuma. I nilah trend lama UMNO dan BN untuk meramaikan majlis rasmi, itupun bukan boleh dijamin kejayaannya.

Sambutan diadakan di Stadium tertutup mungkin untuk mengelakkan sebarang kemungkinan jika hujan yang berlarutan turun di Ipoh akhir-akhir ini mengagalkan kehadiran yang diharapkan.

Yang saya fikirkan sejak kelmarin benarkah Staidum Inderamulia boleh memuatkan 50,000 orang, setahu saya ianya agak kecil dan mungkin separuh dari itu sudah pun boleh penuh. Inilah kiraan standard yang dibuat oleh UMNO dan BN 1 boleh jadi 3 orang.

Akhirnya saya harapkan Najib datang ke Perak dengan 1 hasrat untuk menyelesaikan kemelut yang sedang dihadapi, buktikan slogan "rakyat didahulukan " . Dengarnya beliau akan mengadap DYMM Sultan Perak, semuga itu termasuk dalam agenda untuk dipersembahkan kepada tuanku Sultan.

Oct 16, 2009

SPR PERAK PAMER DAFTAR PEMILIH BARU

SPR Perak pamer daftar pemilih baru

Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak akan mempamerkan nama-nama mereka yang telah mendaftar sebagai pemilih baru dan pertukaran alamat tempat mengundi bermula dari 1 Julai 2009 hingga 30 September 2009.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya Negeri Perak, Che Wan Muhammed Salleh Wan Adnan dalam satu kenyataan hari ini berkata, mereka yang telah mendaftar pada tarikh tersebut diminta untuk menyemak nama di tempat-tempat berikut iaitu pejabat SPR Perak, pejabat Pos, pejabat penghulu dan pejabat-pejabat daerah.

Tempoh pameran selama seminggu bermula 20 hingga 26 Oktober, katanya.

Katanya sebarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat-pejabat pilihan raya negeri Perak di nombor telefon 05-24 94 113, 05-24 94 120 dan 05-24 94 121.

Oct 13, 2009

TUGASAN AJK-AJK MTD N34

SEMUA AJK MTD BERSEDIA UNTUK MEMBUAT KERJA MENGIKUT PORTFOLIO MASING-MASING. MASIH TIDAK JELAS TENTANG TUGASAN, SILA HUBUNGI PENGARAH @ SETIAUSAHA MTD. TQ

Aug 5, 2009

CERAMAH BUBAR DUN PERAK












Pada 28hb Julai yang lalu, telah diadakan Ceramah Perdana BUBAR DUN PERAK anjuran PAS KAWASAN KUALA KANGSAR, bertempat di padang hadapan Markas PAS Kawasan Kuala Kangsar iaitu ditepi Istana Iskandariah, Bukit Chandan.
Penceramah adalah terdiri DS Ir Hj Nizar Jamaluddin, YB Nga Kor Ming, YB Junus Jamhari dan YB Dr Jayakumar.
Di anggarkan hampir 3,000-4,000 orang yang hadir memenuhi padang tersebut, untuk mendengar ceramah mengenai isu-isu semasa, terutamanya berkaitan Bubar Dun Perak.

Aug 4, 2009

PROGRAM MASYARAKAT PRIHATIN BENDANG KERING


































Pada 18hb Julai yang lalu, PAS Cawangan Bendang Kering dengan kerjasama PAS Kawasan Kuala Kangsar, telah menganjurkan satu Program masyarakat yang dinamakan PROGRAM MASYARAKAT PRIHATIN. Program ini bermula jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 malam.

Berikut adalah aturcara & aktiviti yang telah dilaksanakan pada hari tersebut :

8.00 - Pendaftaran Petugas / peserta
9.00 - Perasmian / taklimat tugasan para peserta & sarapan pagi
9.30 -
12.30 tgh- Bermula pelbagai aktiviti, iaitu:
i) Gotong-royong cuci lorong tanah perkuburan dan masjid Bendang Kering
ii) Kunjungan ke rumah tokoh-tokoh yang terpilih
iii) Ziarah kaum muslimat
iv) Klinik kesihatan / pemeriksaan kesihatan dan ziarah pesakit
v) Pendaftaran ahli-ahli baru
vi) Pendaftaran pemilih / pengundi Pilihanraya yang baru
vii)Bengkel Motivasi Remaja - UPSR, PMR & SPM
viii)Gotong royong untuk jamuan Tengahari
12.30-
2.00 ptg-Jamuan tengahari di Markas PAS Bendang Kering & Solat Zohor
2.00-
5.00 ptg-Aktiviti bebas & solat Asar
5.00-
5.30 ptg- Minum petang di perkarangan Markaz
5.30-
7.00 ptg-Sukaneka Pemuda / Sepakraga ratus di Padang mini Markaz
7.30-
9.00 mlm- Solat Maghrib & Isyak
9.00 -
12.00 mlm- CERAMAH PERDANA

Segala aktiviti-aktiviti di atas telah berjalan dengan baik dan lancar. Yayasan Amal cawangan negeri Perak telah turun membantu dengan 10 orang petugas dari Ipoh. Mereka banyak membatu dalam aktiviti pemeriksaan kesihatan dan motivasi untuk pelajar.

Datin Seri Hjh Fatimah Taat, isteri Dato Seri Ir Hj Nizar b. Jamaludin juga turut bersama muslimat memberi bantuan dan menziarahi kepada golongan sasaran.

Tahniah dan syabas dari MTD N34 kepada semua ajk PAS Cawangan Bendang Kering dan ahli-ahli PAS Bendang Kering serta semua peserta yang telah menjayakan program di atas. MTD mengharapkan program seperti ini dapat dilakukan di tempat-tempat lain sama.

PAS MEMIMPIN PERUBAHAN

Jun 27, 2009

CERAMAH ISU SEMASA

CERAMAH UMUM
OLEH:
SDR USTAZ KAMAL ASHAARI
EXCO DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
PADA :
30HB JUN 2009 JAM 9 MALAM (SELASA)
TEMPAT:
MARKAS HJ NAZIR, SAYONG TENGAH
DIJEMPUT SEMUA HADIR !!

Jun 26, 2009

GERAK KERJA MTD N34 BUKIT CHANDAN BERMULA...

Mesyuarat kali pertama Ahli Jawatankuasa MTD N34 Bukit Chandan yang baru bagi sessi 2009-2011 yang di ketuai oleh Ustaz Hj Mohd Yazid b. Yeop Baharudin telah selamat dijalankan pada 19 Jun yang lalu di Markas Hj Nazir, Sayong tengah. Ustaz Yazid sebagai Naib Yang Dipertua PAS Kuala Kangsar yang baru telah diamanah sebagai Pengarah MTD N34 Bukit Chandan yang baru menggantikan Hj Jamaluddin b. Majid.

Mesyuarat banyak membincangkan mengenai tugas AJK dan perancangan aktiviti gerak kerja ke arah pilihanraya. Bilik gerakan bagi MTD N34 Bukit Chandan adalah terletak di sebelah atas Markas Hj Nazir, Sayong Tengah.

Diharapkan semua AJK yang telah diamanahkan akan menjalankan tugas dan komitmen kerja jamaah dengan baik dan sempurna.

Bubarkan DUN ! Hidup Rakyat ! Hancur UMNO !

Hidup PAS !

Takbir !!!