Dec 24, 2009

CERAMAH OLEH KETUA PENERANGAN PAS PUSAT DI SENGGANG


SATU CERAMAH ISU SEMASA OLEH ALFADHIL USTAZ HJ IDRIS B. AHMAD , KETUA PENERANGAN PAS PUSAT AKAN AKAN DI ADAKAN DI MARKAS PAS SENGGANG PADA 25HB DISEMBER INI (HARI JUMAAT , JAM 9 MALAM)

SEMUA DIJEMPUT HADIR !!!

TERUTAMA BAGI MASYARAKAT DI DUN BUKIT CHANDAN, KHUSUSNYA BAGI MEREKA DI BEKOR, SEBERANG MANONG, SENGGANG , KUBANG PEKAN, RAMBAI TUJUH, BENDANG KERING DAN KAWASAN SAYONG.

Nov 9, 2009

PROVOKASI MEREKA TERHADAP PAS & PKR TELAH BERMULA

Merka telah melakukan provokasi dengan memasang poster plastik berkualiti " PAS TIDAK RELEVEN " , "Husam Kudakan Tok Guru ", "HUsam Kuda Anwar " ditampal di pondok bas pokok-pokok di Parlimen Bagan Serai. Selain dari ibu Banner berukuran 6 kaki X 4 Kaki turut dipasang ditempat tempat awam untuk memburukkan PAS khusunya kepimpinan.


Menurut Naib YDP Kawasan Us Sabri Sabran beliau mula melihat semasa awal pagi sabtu semasa hendak ke Konvensyen PAS Pusat dan mengarahkan Unit Amal untuk menurunkan banner dan membuka poster yang dilekatkan oleh upahan-upahan mereka

Pada pagi Ahad seorang peniaga yang En Awi beliau telah menurunkan beberapa banner dan membuka poster di pekan semanggol untuk memburukkan PAS. Menurut Tn. Hj Ismail yang tinggal di Jalan Gula Simpang Empat Semanggol terletak dalam DUN Selinsing beberapa banner dan poster turut digantung dan ditampal oleh mereka untuk memburukkan PAS. Beliau bercadang untuk membuat laporan polis.. Adalah diharapkan petugas-petugas pas mengambil langkah untuk mengawasi mereka yang tidak bertanggungjawab dengan membuat laporan polis.

Menurut beberapa penganalisis politik yang ditemubual DUN Perak semakin hampir untuk di bubarkan . mereka mula menyerang PAS untuk menghilangkan sokongan orang melayu terhadap PAS khususnya DUN Semanggol dan Selinsing.



Dipetik dari: BLOG CINA ISLAM

Nov 6, 2009

PROGRAM NAIB PRESIDEN YB SALAHUDDIN AYUB DI KUALA KANGSAR PADA 1HB NOVEMBER 2009



Pada 1 November yang lepas, YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS telah melakukan lawatan kerja satu hari di Kuala Kangsar. Bermula dengan program jam 3.30 petang iaitu Mesyuarat & Taklimat bersama wakil Cawangan PAS seluruh Kawasan Kuala Kangsar di Dewan Baru PAS Kawasan, Bukit Chandan.

Kemudian jam 5.30 petang, program minum petang bersama ahli Cawangan Ara Panjang, Manong, jam 6.30 petang, program dialog bersama kelab penyokong PAS di dewan DAP Jerlun dan akhirnya Ceramah Perdana bersama penceramah jemputan yang lain di Padang hadapan Markas Tarbiah PAS Kuala Kangsar sebelah Istana Iskandariah.

Semoga kedatangan YB Salahuddin ini dapat menambahkan kekuatan mental & motivasi serta iltizam kepada semua ahli & penyokong PAS di Kuala Kangsar amnya serta pada pimpinan PAS khususnya.

TAKBIR !!

Oct 28, 2009

SIDANG DUN PERAK: BN MENCABUL DEMOKRASI POLITIK PERAK

Dun Perak: Jubah direntap, speaker hampir lemas!
Harakahdaily
Wed | Oct 28, 09 | 6:57:50 am MYT

Kemaskini 12.50 tgh:| Berikut adalah lintas langsung yang dibawa oleh Harakahdaily terhadap perjalanan sidang Dun yang diadakan di Bangunan SUK, Perak.







12.50 tgh: Ketika ini semua Adun Pakatan Rakyat sedang bermesyuarat di Wisma DAP. Dijangkakan satu lagi sidang media akan diadakan pada jam 1.30 petang nanti.

12.37 tgh: Sidang media tamat, semua beredar.

Image

12.35 tgh: Dalam sidang media itu juga Sivakumar menceritakan bagaimana beliau hampir tidak dapat bernafas dan lemas akibat jubahnya direntap dengan ganas.

12.30 tgh: Sivakumar dan Adun Pakatan Rakyat sedang membuat sidang media di dalam perpustakaan di kompleks SUK. Beliau (Sivakumar) menunjukkan cebisan jubah speaker yang dirampas sehingga terkoyak kepada media.

Image

12.15 tgh: Dalam pada itu, Sivakumar memberitahu usul untuk melantik Osman Abdul Rahman sebagai senator telah diluluskan dalam sidang mereka sebelum ini.

12.14 tgh: Sementara itu, sidang dewan BN sedang berlangsung di dalam dewan dengan usul untuk melantik Datuk Azian Osman sebagai senator di Dewan Negara.

11.55 pagi: Adun PR sedang memberikan sidang media di luar dewan dan memberikan penerangan terperinci situasi yang berlaku hari itu.

11.52 pagi: Sambil keluar dewan semua Adun Pakatan Rakyat melambai kepada Ganesan dan mengucapkan 'Selamat Hari Deepavali.'

11.49 pagi: Ganesan cuba mengumumkan bajet 2010 diluluskan. Sivakumar berdiri dan mengumumkan sidang telah ditangguhkan.Semua Adun Pakatan Rakyat telah keluar dewan.

11.45 pagi:Adun BN cuba mengusul untuk menerima dan membahaskan bajet tetapi ditenggelami dengan suara daripada adun-adun lain.

11.40 pagi: Mikrofon Adun Pakatan Rakyat telah ditutup tetapi tidak bagi Adun BN.

11.37 pagi: Zambry cuba berdiri untuk bercakap dan Adun PR melaungkan 'lanun' terhadapnya.

11.35 pagi: Seorang Adun BN menyuruh Ganesan menghukum adun-adun PR.

11.30 pagi: Kedua-dua sidang sedang berlangsung sekarang. Seorang adun PR kelihatan sedang membaca sesuatu tetapiu tidak jelas kedengaran akibat gangguan.

11.25 pagi: Ganesan menyambung kembali sidang. Adun Pakatan Rakyat menyerit menyatakan Ganesan 'Speaker Haram'. Ganesan membuka sidang untuk debat mengenai belanjawan.Sidang mula kecoh. Riiuh. Dentuman meja kedengaran. Suara adun mula tenggelam timbul.

11.15 pagi: Sidang dijangka bermula semula jam 11.20 pagi. Suasana di luar tenang.

11.11 pagi: Adun Pakatan Rakyat terima usul dan luluskannya. Sivakumar tangguhkan sidang sementara waktu, tiada sesiapa kecuali Adun Pakatan Rakyat yang mendengar sidang tersebut.

11.01 pagi: Ganesan telah menangguhkan sidang dun. Adun Titi Serong mengusulkan agar sidang dun dibubar. Kerajaan BN adalah haram dan wajar dikembalikan kepada rakyat. Ganesan terus tidak menghiraukan sidang yang berlangsung sebaliknya berbual dengan bekjas MB, Tajol Rosli.

Image

10.57 pagi: Ganesan disuruh oleh Sivasubramaniam untuk meninggalkan tempat duduknya. Suis mikrofon telah ditutup. Kemudian Sivakumar memberitahu dewan kejadian yang berlaku diluar dewan tentang kekasaran yang dilakukan terhadapnya.

10.56 pagi: Ngeh menyokong usul Nizar. Adun BN sedang berborak sesama sendiri. Adun Pakatan Rakyat melaungkan "setuju". Sementara di luar SUK, polis kelihatan menyuraikan sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat yang berkumpul berhampiran sebuah restoran.

10.55 pagi: Ganesan kelihatan menguap dan tidak mengendahkan sidang yang dijalankan. Adun BN sedang bercakap sesama sendiri dan beberapa adun BN termasuk Zambry kelihatan meninggalkan dewan.

10.53 pagi: MB Pakatan Rakyat, DS Nizar bangun dan mengusulkan agar semua program PLKN dan 1 Malaysia dihentikan serta merta.

10.52 pagi: Sivakumar berkata beliau kini telah memulakan persidangan dan mengarahkan semua adun untuk bertakafur selama 1 minit untuk memperingati tragedi titi gantung di Kampar baru-baru ini.

10.45 pagi: Adun Buntong, A Sivasubramaniam bangun dan mengarahkan Ganesan untuk beredar kerana beliau merupakan speaker yang dilantik secara haram.

10.39 pagi: Adun Pakatan Rakyat memulakan persidangan dengan Adun Khalil Idham Lim membaca doa.Ganesan menyampuk dengan memberitahu sidang telah bermula.

Image

10.38 pagi: Ganesan (Speaker BN) hanya duduk diam dan begitu juga dengan Adun BN.

10.37 pagi: Adun Pakatan Rakyat masuk ke dalam dewan dan melaungkan "Ketibaan Speaker Dewan". Sementara itu, DSP Glen memberikan masa 5 minit kepada penyokong PAS untuk beredar daripada kawasan SUK.

10.36 pagi: Helikopter masih kelihatan di udara.

10.35 pagi: Adun Pakatan Rakyat kelihatan di luar dewan persidangan dan mengecam Ganesan sebagai Speaker haram.

10.20 pagi: Kelihatan penyokong Pakatan Rakyat bukan beragama Islam berdiri berhampiran dengan penyokong PAS yang sedang bersolat hajat untuk menunjukkkan solariditi mereka.

10.19 pagi: Keadaan di luar SUK kelihatan agak tenang walaupun kelihatan orang ramai sedang berkumpul untuk mengikuti kejadian yang berlaku ketika ini.

Image

Kelihatan penyokong PAS sedang melakukan solat hajat berhampiran dengan pagar halangan di luar SUK.

10.09 pagi: Nizar dan Adun Pakatan Rakyat cuba masuk sekali lagi ke dalam dewan persidangan.Sivakumar kelihatan tanpa jubah Speakernya.

10.05 pagi: Dalam dewan kelihatan pengawal (betara) seramai 20 orang mengawal sekitar 'Speaker' Ganesan.

10.04 pagi: Persidangan bermula di dalam dewan dengan bacaan doa tanpa kehadiran adun Pakatan Rakyat.

10.00 pagi: Adun Pakatan beredar keluar daripada SUK. Beberapa adun dan Nizar kelihatan di lluar SUK. Nizar mendakwa mereka dihalang masuk ke dalam dewan.

9.57 pagi: Polis kelihatan menyerbu ke arah Sivakumar. Beberapa adun Pakatan Rakyat cuba menghalang daripada serbuan polis. Seorang SB dilihat merampas songkok Speaker. Jubah yang dipakai oleh Sivakumar juga cuba ditarik.

Image

9.55 pagi: Keadaan di luar, adun pakatan rakyat dihalang dan dilambatkan oleh kawalan pihak polis.

9.55 pagi: Keadaan dalam dewan, Speaker BN Ganesan kelihatan sudah mengambil tempatnya begitu juga adun-adun BN.

9.50 pagi: Adun Pakatan diketuai Nizar terus bergerak ke arah pintu SUK.Sivakumar kelihatan memakai pakaian rasmi speaker.

9.45 pagi: Adun BN bersama Zambry Abdul Kadir telah berada dalam SUK.

9.40 pagi: Adun Pakatan Rakyat mula berarak menuju ke arah SUK bersama sekumpulan penyokong PAKATAN RAKYAT. Sivakumar dilindungi dan dikawal oleh para penyokong. Mereka kelihatan menuju ke arah 'Pokok Demokrasi' dan cuba masuk melalui kawasan tersebut. Polis hanya benarkan Adun-adun masuk.

Image

9.35 pagi: Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar kelihatan di Wisma DAP.

9.25 pagi: Kawasan koridor bangunan SUK dipenuhi polis dan media hanya dibenarkan masuk setelah diperiksa dengan ketat dan disahkan pas mereka.

9.15 pagi: Adun Ngeh, Thomas, L P Seah, B P Ong, Sivanesan, Idham, Ramli, M M Leong and K W Wong adalah antara Adun Pakatan Rakyat yang kelihatan berada di Wisma DAP.

9.05 pagi: Anggota polis (SB) kelihatan mengambil gambar secara rambang kawasan sekitar.

9.00 pagi: Helikopter polis kelihatan berlegar di atas bangunan dan kawasan SUK.

Image

8.50 pagi:Ngeh dan Thomas kelihatan terpaksa bertikam lidah dengan polis kerana dihalang daripada memasuki kawasan yang telah dikepung (dihalang) polis. Namun akhirnya mereka dibenrakan masuk.

8.45 pagi: Kelihatan Adun Ngeh dan Thomas Su berada di luar bangunan. Wartawan mula kerumuni mereka untuk mendapatkan maklumat.

8.30 pagi:Bilangan anggota polis dikatakan lebih 400 orang kini.

Image

Image

8.20 pagi: Pagar kawat berduri makin banyak dipasang. Antaranya bangunan ibu pejabat DAP juga kelihatan dikawal ketat. Orang ramai (awam) dihalang daripada masuk kawasan sekitar.

7.55 pagi: Semakin banyak kenderaan polis kelihatan. Trak FRU mula kelihatan. Trak meriam air juga kelihatan di sekitar bangunan SUK.

7.52 pagi: Keseluruhan kawasan SUK dikawal dengan ketat. Lebih 40 anggota keselamatan berkawal di hadapan SUK dengan memakai vest hijau dan diapit 2 buah trak merah dan beberapa kenderaan serta van polis. Kumpulan wartawan berada di hadapan hadangan berkawat berduri.

7.15 pagi: 6 buah kenderaan polis termasuk 'Black Maria' digunakan sebagai perisai di hadapan pagar dan pusat 'check point'. Anggota polis berpakaian biasa (SB) kelihatan mula penuhi kawasan sekitar. Keadaan mula sibuk.

Image

7.00 pagi: Lingkaran dawai berkawat telah dipasang di sekeliling Bangunan SUK Perak.

Image

Oct 27, 2009

CERAMAH PERDANA DI BUKIT CHANDAN, KK

CERAMAH PERDANA - ISU-ISU SEMASA

Oleh:
YB SALAHUDDIN AYUB ,YB DS NIZAR JAMALUDDIN, UST. MUSTAFA SHAARI
Pada:
1 NOVEMBER 2009 , HARI AHAD (JAM 9.00 MALAM)
Tempat:
MARKAZ PAS KUALA KANGSAR, BUKIT CHANDAN, (TEPI ISTANA ISKANDARIAH)

SEMUA DI JEMPUT HADIR !!!

Oct 24, 2009

DUA MURABBI PAS YANG DISANJUNG SEMUA AHLI....

MOHON MENCELAH - EGM KERANA BERMASALAH

Gara gara kekalahan di Bagan Pinang yang sememangnya tak dijangka menang, tiba tiba batunya menimpa kepala Presiden. Kita tahu siapa pengarah pilihanrayanya… kita juga tahu…siapa kepala jentera yang mencatur di bilik gerakannya…kita juga tahu siapa yang siang malam menjadi penceramahnya walau telah tiada dalam JK Pusat… Mereka semua tidak menjadi sasaran. Langsung tak disentuh… Biasanya pengarah adalah orang yang paling awal kena marah… tapi apalah nak dimarah jika memang dah jangka kalah???? Soalnya kenapa orang lain dijadikan tempat melepas lelah???

Di saat post mortem belum keluar…ditanya kenapa lambat….(mungkin orang nak semuanya sesegera mee segera…hasil macam anak luar nikah juga… ) bila keluar dikata tak tepat kerana terlalu cepat…. sememangnya di dalam hati sudah dilipat…keputusannya….. aku juga paling hebatttttt!

Saya tak peduli semua itu kerana sememangnya dikenal siapa dalang dan watak di sebaliknya. Di alun kisah cinta kepada umNO, di alun juga kasih yang tak setia. Tujuh kemenangan di lupa hasilnya…alih alih kalah sekali di tempat sudah dijangka juga yang di jaja…. Tembak membabi buta mencari mangsa… saya tak peduli semua itu kerana sememangnya hasad dari kecewa tak dijangka terus akan membara…. Biarkan api itu marak di dalam…akhirnya ia akan membakar diri sendiri jua….

Apa yang tiba tiba menyesakkan jiwa apabila blog Yang dikasihi TG Nik Aziz bersuara. Kasih sanjung yang tak pernah padam buat TGNA menjadikan saya sering bertanya diri? Wajarkah pandangan di jari ini ditari…. Kerdil sangat terasa diri… Namun belajar dari kelompok yang sedang menyusun startegi..Ulama itu tidak maksum! Tiada wala untuk golongan ini” saya memberanikan diri, namun hormat dan memuliakan insane berjasa besar kepada agama ini takkan menjadikan saya biadab sebiadab beberapa penulis yang menghina tuan tuan guru yang lebih separuh hidup mengabdikan diri dalam perjuangan ini. Biarlah anda biadab dengan Ulama yang anda benci…. Kerana anda sendiri tahu mengukur sebersih dan sesuci mana diri anda di sisi Robbi…. Harap ada cermin yang mampu digilap agar diri sendiri diketahui hitam atau kelabu asapnya hati….

Saya terkejut melihat tulisan di blog TGNA, namun saya amat berharap ianya bukan tulisan TGNA di blognya sendiri. Saya mencari cari di mana tari jari sufi TG yang di hormati, jua tercari cari di mana terselit sendi yang mampu memberi kekuatan buat diri saya ini…. Sering cuba saya mendekati, sering pula bimbang curiga diri… Bahasa indah yang sejak dulu saya semat kukuh di hati…cuba saya fahami… Apa di fikiran TG, cuba saya renungi…namun tak termampu rasanya mendalami apa isi hati yang suci itu… Apa tertulis terus menjadi persoalan yang ingin sama saya kongsi…

01. Apakah berat benar masalah kekalahan di Bagan Pinang hingga perlunya EGM untuk menentukan kedudukan pucuk kepimpinan? Bagaimana dengan kemenangan yang juga di bawah GEMBALA pemimpin yang ada??? Bagaimana pula sesak keputusan di Manek Urai yang hampir menjerumuskan PAS ke jurang kekalahan sedangkan ia berlaku di Kubu PAS, Negeri yang ditadbir oleh PAS, digerakkan oleh mereka yang hebat di dalam PAS dan di awalnya ada larangan tertentu buat beberapa pemimpin PAS termasuk Presiden PAS??? Saya amat mengharapkan sesuatu yang sangat adil dalam penilaian antara dua lubuk ini…lubuk umNO dan lubuk PAS!

02. Persoalan yang ditimbulkan oleh Aziz Bari ..antara yang menjadikan ianya besar ialah masalah beralihnya pengundi bukan melayu kepada umNO. Apakah pandangan prof undang undang ini adalah tepat ianya berpunca dari sikap pemimpin PAS?Jika ianya dari punca pemimpin PAS terutamanya isu di Selangor, mengapa ia beralih kepada umNO. Sepatutnya ia menjadi undi protes kerana umNo diketahui lebih jahat. DSAI sendiri menyatakan hubungan kerjasama PR di Bagan Pinaang adalah lemah walaupun Khalid Samad menyatakan ianyaalah adalah terbaik?? Semua mengakui masalah undi tentera menjadi factor utama> Itulah yang ditekankan oleh PAS sebelum pengundian…namun selepas keputusan kenapa isu ini menjadi ketiga atau keempat. Bukankah isu rasuah dan ugutan melampau terutamanya di astet, sekatan dan kekangan pengurusan astet dan politik ganas umNO diakui factor utama? Kenapa setelah diakui semua itu factor utama, tiba- tiba kesimpulannya.... factor pemimpin PAS menjadi utama hingga perlunya rombakan kepimpinan? apa ni???

03. Jika berlaku Mesyuarat Khas dengan tujuan merombak kepimpinan… Jika perwakilan memilih mengekalkan pemimpin yang ada..kita sama sama bela… betulke??? Isu kerajaan perpaduan…cenderung kepada umNO malah seribu satu macam isu ciptaan ini telah timbul sejak PAS mula membentuk kerajaan Pakatan Rakyat lagi. Muktamar di Selangor tahun lepas adalah kemuncak serangan isu UG . Ada calon merantau pelusuk kawasan memburukkan lawan ( budaya umNo yang dipinjam) atas alas an mereka ini proksi umNo dalam PAS. Namun bila keluar keputusan…pemimpin yang ada terus di beri kepercayaan dan mandate yang besar! Ia hanya baru beberapa bulan! Jika perlu diadakan semula pemilihan atau rombakan ini..apakah ianya akan selesai?? SAYA SANGAT YAKIN IA TIDAK AKAN SELESAI!!!. Apakah selepas itu kita perlu membuat satu lagi Perhimpunan khas??? HARUS DIINGAT…MUKTAMAR YANG BARU LALU ADALAH MUKTAMAR PEMILIHAN! MUKTAMAR TAJDID!! KEPUTUSAN PERWAKILAN MASIH PANAS!! PELUH PETUGAS MUNGKIN ADA YANG BELUM KERING! MALAH MUNGKIN MASIH ADA HUTANG YANG BELUM DILANGSAI! Kita baru sangat MENTAJDID KEPIMPINAN!. Malah mungkin ada pemimpin yang baru di tajdidkan itu masih belum betul tempat duduknya lagi… Siapa pulak calon Presidennya??? Sedangkan di muktamar yang penuh persediaan pun tak de calon Presiden. Takkan sekarang dah jumpa??? Ustaz Azizan ??? Timbalan presiden pun ustaz Azizian tolak pada muktamar lepas….

04. Aziz Bari juga nampaknya pandai mencipta ayam laga untuk PAS. Nama Ustaz Azizan Razak menjadi umpan agar tidak dilihat anti PAS. Sedangkan ustaz Azizan inilah yang berdepan dengan kritikan tanpa kawalan di awal mengambil alih kedah. Harakah yang menjadi lidah rasmi PAS semacam buat tak peduli… Umum mengetahui Ustaz Azizan adalah orang yang komited dengan Jamaah dan menghormati Presiden. Kenapa tak dicadangkan nama Husam atau Khalid Samad atau mungkin Hanipa Maidin??? Ia adalah cara halus melagakan kepimpinan PAS..Busuk sungguh cara ini!!!

Sebenarnya lama sungguh hati ini ditahan. Melihat rentak tari yang melakar musuh di rumah sendiri. Di saat umNO membina kekuatan, kita memukul rakan…Hassan Ali dikatakan tidak cerdik dan berniat jahat kerana membuat kenyataan akhbar sedangkan ianya sebagai exco boleh berunding sendiri. Maaf..Kenyataan di dakwa tulisan TGNA di bloknya juga bersifat media terbuka. KL Pos mengambil berita Pecat HJ Hadi!. Sedangkan TGNA adalah Mursyidul Am yang boleh memanggil sesiapa sahaja mengadapnya. Mengarahkan dalam mesyuarat agar membincangkan tentang muktamar khas! MENGAPA PERLU MENJADI BAHAN PERBINCANGAN AHLI YANG SERBA KEBODOHAN INI???? Di dalam akhlak berilmu… ada perkara tertentu yang tidak perlu dibincang ummat yang jahil kerana orang jahil hanya akan menjadikannya lebih kusut dan berserabut. Apakah ianya hanya lontaran segulung benang kepada kucing agar mengusutkan lagi benang itu.???? megharapkan kucing merungkai kekusutan....apa yang terjadi... mungkin ada kucing yang akan terjerut leher sendiri!!!

Akhirnya mohon maaf buat TGNA yang tulisan ini bukan menjawab pandangannya…tetapi menjawab pandangan orang yang memehami dan berpendirian seperti ini. Berpegang kepada hujjah yang ditulis dalam blog TGNA bahawa mengkritik adalah budaya dibenar Islam…maka saya menumpang untuk meluahkan rasa hati…. Bukan mengkritik!!!! Ianya mungkin apa yang tertulis di Blog TGNA yang saya tak pasti adakah ianya rentak tari sufi Tuan Guru??? Andai itu rentak tari sufi atau kasyaf yang lahir dari hati yang suci…saya mohon mengundur diri….

Oct 23, 2009

KETUA PEMUDA UMNO PERAK PENAKUT...TAKUT BERDEBAT...



IPOH, 24 Okt: Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak menyifatkan Pemuda Umno negeri itu pengecut dan penakut ekoran tidak mahu pula untuk berdebat.



Mereka sebelum ini telah mengemukakan cabaran debat kepada Pemuda PAS negeri itu atas tajuk mencari kebenaran siapa benar siapa salah dalam insiden sidang DUN Perak 7 Mei lalu.

Cabaran yang disiar akhbar Sinar Harian edisi perak pada 22 Oktober lalu juga turut meminta DDP Perak menunjukkan bukti benarkah Adun BN bertindak merampas kerusi Speaker dari V.Sivakumar.

Mereka juga menuntut supaya DPP membuktikan adakah benar dakwaan bahawa Pakatan rakyat di pihak benar dan BN di pihak salah.

Namun, apabila DPP ingin menghantar surat menyahut cabaran itu semalam, Pemuda Umno pula didakwa mengelak dan tidak mahu untuk berdebat.

ImageDPP Perak diketuai ketua penerangannya Mohd Akmal Kamarudin semalam telah pergi ke pejabat Pemuda Umno bagi menyerahkan surat menyahut cabaran debat tersebut.

Namun rombongan mereka dihalang oleh petugas pemuda Umno di tengah jalan 50 meter dari pagar bangnunan Umno Perak.

Petugas Pemuda Umno itu hanya memberitahu mereka telah diarahkan oleh ketua mereka untuk tidak menerima surat tersebut.

Surat tersebut antara lain memaklumkan DPP Perak bersedia pada bila-bila masa dan di mana sahaja untuk berdebat secara intelektual berhubung isu tersebut.

Image"Mengapa pemuda umno berdolak dalih, bukankah pemuda umno cabar supaya kami tunjukkan bukti, tapi bila kami nak tunjukkan bukti mengapa pemuda umno tak berani berdepan," kata Akmal.

"Apakah pemuda umno Perak tiada sebarang hujah sehingga menyebabkan mereka tidak berani berdepan dengan pemuda PAS Perak?" soalnya. _