May 15, 2009

ceramah isu semasa

CERAMAH ISU KEMELUT POLITIK DI NEGERI PERAK
OLEH: SDR MISBAHUL MUNIR
SETIAUSAHA POLITIK MENTERI BESAR DATO SERI IR HJ NIZAR MOHAMAD
BERTEMPAT: MARKAS HJ NAZIR, SAYONG TENGAH, KUALA KANGSAR
TARIKH: 18 MEI 2009 (9 MALAM)
SEMUA DI JEMPUT HADIR !!

May 11, 2009

SUKANEKA PASTI KALI KE 26 PADA 9 MEI 2009















Acara junjung pundi kacang















Acara untuk pelajar lepasan PASTI















Bersama anak bongsu Husna, pelajar PASTI Nurul Islam Bukit Chandan















Pelajar PASTI masuk perbarisan Perasmian Sukaneka PASTI















Perasmian oleh YDP PAS Kuala Kangsar Hj Ibrahim Mohamad















Acara lari berganti 50 meter



May 6, 2009

Dunia menyaksikan peristiwa esok....

Esok...
Debaran menanti peristiwa yang akan terjadi esok
Sidang DUN Perak yang dirancang oleh MB Zambry BN...perampas kerajaan Pakatan Rakyat
Kita lihat esok, bagaimana modus operandi mereka untuk menghalalkan segala tindakan
mereka itu...Mereka merancang, tapi rancangan Allah SWT lebih hebat....
Kebenaran dan keadilan akan terserlah jua akhirnya....
Mungkin bukan sekarang masanya ,
tp masanya hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya...

Menanti Hari Esok.....

Debaran Menanti Sidang DUN Perak!
APAKAH boleh diikhtiraf Perak dalam keadaan selamat? Dalam keadaan aman dan politiknya stabil? Sukar untuk menerima dakwaan daripada sesiapa pun dewasa ini. Baik oleh Menteri Besar UBN, Zambry Abdul Kadir atau menteri besar Pakatan Rakyat, Mohamad Nizar Jamaludin. Perak kini berada dalam keadaan berselerakan dan disorot leh seluruh dunia politik!
Menjelang sidang Dun esok, Khamis, kini bumi Perak sudah mulai panas dan sudah ada asap berkepul-kepul. Khabarnya sudah ramai juga orang luar termasuk dari Kuala Lumpur sudah tiba di Ipoh. Wartawan dan jurufoto juga sudah lebih 100 berada di sana bersedia untuk membuat liputan. Menjelang tengah malam ini mungkin angka bertambah ramai lagi.
Kenapa saya melontarkan persoalan di atas?
Bayangkan hanya kerana nak mengadakan sidang Dewan polis terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengawal keselamatan. Polis sudah mengawal bangunan SUK Perak di mana ditempat Dun Perak.
Kawasan sekitar bangunan SUK Perak juga sudah diwartakan sebagai kawasan larangan. Sesiapa dilarang menghampiri kawasan itu dalam jarak 500 meter. Bukan itu saja, wartawan juga diperintah supaya tidak membuat liputan, kecuali yang mendapat pas khas. Ini satu arahan dan stail baru di Perak yang kini dipimpin kerajaan UBN.
Petang ini pula dua orang yang merancang hendak mengadakan tunjuk perasaan sebagai memprotes sidang itu sudah dicekup polis. Malam tadi, aktivis sosial Wong Chin Huat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan. Dan petang ini Mohammad Sabu yang merancang mengadakan solat hajat di Perak juga sudah dicekup polis.
Khabarnya kini beliau di bawa ke Slim River untuk reman?
Dengan perkembangan dana suasana itu apakah boleh diterima Perak selamat? Perak stabil dan Perak tidak menghadapi apa-apa? Kalau benar Perak selamat, Perak aman dan stabil, masakan polis terpaksa membawa trak, water cannon untuk mengawal sidang Dun? Tidak ada pun ahli Yang Berhormat menerima SMS nak dibunuh seperti di Terengganu. Mereka cuma nak bersidang tetapi terpaksa diberi kawalan di raja demikian rupa.
Jawabnya Perak kini tidak selamat. Perak dalam keadaan tidak stabil dan Perak dalam keadaan kacau bilau! Kerana itulah polis terpaksa dikerah dan bekerja lebih masa. Semuanya kerana peristiwa rampasan kuasa di Perak dua bulan lalu.
Persoalan kini apakan tunjuk perasaan esok akan berjalan seperti dirancangkan? Jika diperhatikan kepada apa yang berlaku sebelum ini, setiap yang dirancang akan berlaku. Para petunjuk perasaan tidak mudah mengaku kalah. Malahan bagi sesetengah mereka halangan dan kawalan polis sebagai ramuan kepada kerja mereka. Penangkapan Wong Chin Huat dan Mohammad Sabu rasanya tidak akan memberi apa-apa kesan.
Begitu juga larangan dan kawalan ketat polis. Ia tidak melemahkan semangat mereka. Bahkan makin dikawal makin bersemangat para penunjuk perasaan ini. Sesetengahnya telah menjadi tunjuk perasaan sebagai pekerajaan sambilan di zaman ekonomi meleset dan kerja berkurangan ini.
Lihat apa yang berlaku di perkarangan Istana Kuala Kangsar tidak lama dulu sewaktu upacara angkat sumpah Menteri Besar UBN. Kejadian tidak terbayang telah berlaku di situ bila mana sekumpulan penunjuk perasaan menyerbu ke arah kereta Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah. Ada yang sanggup membaringkan di tengah jalan, bermaknanya ada yang sanggup menggadaikan nyawa mereka.
Tunggu sahajalah perkembangan esok. Dan pada saat ini apa yang dapat saya suluhkan, pastinya berlaku ialah perebutan kerusi speaker. Kemungkinan Timbalan Spekaer, Hee Yi Foong akan ditolak menghampiri kerusi speaker. Beliau yang dijangkakan mempengerusikan sidang itu sebagai mengganti speaker S Sivakumar yang diusulkan akan dipecat dan diganti dengan muka baru.
Apakah akan berlaku pertengkaran? Sivakumar pasti akan hadir. Tidak ada kuasa yang boleh menghalangnya daripada hadir di sidang Dewan itu. Beliau masih lagi sepaker yang sah. Sivakumar akan berkeras untuk mempengerusi sidang Dun itu nanti. Ketika inlah nanti kalau sesuatu akan berlaku. Keadan pasti akan kelam kabut dan riuh randah.
Mungkin untuk mengelakkan peristiwa bakal berlaku itu dirakam media massalah maka media massa (alternatif) dihalang awal-awal lagi. Tetapi dalam dunia IT kini, apakah pihak berkuasa bentara Dun, polis, SB dan apa-apa lagi pasukan dapat mencegah daripada peristiwa itu akan dicerita dan dilaporkan di luar? Saya raya tidak boleh... apa yang berlaku di Dewan akan juga diketahui oleh dunia luar.
Sebaliknya dengan menutup pintu kepada telinga dan kamera wartawan menyebabkan peristiwa yang bakal berlaku berlaku esok akan dispekulasikan dengan berbagai versi. Tunggulah... [wm.kl.8:50 pm 06/05/09]
Posted by mso.im at 8:45:00 PM
Labels:

Apr 28, 2009

Permohonan Zambry di tolak......

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Zambry supaya diisytiharkan sebagai MB yang sah. Keputusan itu dibuat oleh kelima-lima hakim. Dalam penghakiman tersebut, mereka sebulat suara berpendapat kes itu perlu dirujuk dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi bukan Mahkamah Federal. Nampaknya jalan pintas yang cuba diguna oleh Zambry melalui peguam-peguamnya telah dipintas juga oleh para hakim yang arif lagi bijaksana. Zambry gagal menggunakan Mahkamah Persekutuan untuk mengisytiharkannya sebagai MB yang sah. Dia berbuat demikian sebab tertekan dengan gelombang rakyat yang tidak mengiktiraf sebagai MB yang sah di Perak. Kemana sahaja dia pergi rakyat mencemuhnya dan mengelar MB haram.

Dalam kes yang difailkan oleh Zambry pada beberapa hari yang lepas, beliau menuntut Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir:
1) Samada Sultan Azlan Shah mempunyai kuasa menolak permohonan Nizar untuk membubarkan DUN apabila beliau hilang kepercayaan DUN.
2) Apabila Sultan tidak mempersetujui permintaan Nizar, adalah dianggap Nizar dan EXCOnya telah meletak jawatan.
3) Apabila Nizar tidak mahu meletak jawatan, Sultan mempunyai hak untuk melantik Zambry berdasarkan Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, selepas Sultan berpuas hati Zambry mendapat kepercayaan DUN.

Zambry mahu Mahkamah Persekutuan membuat pengiktirafan bahawa beliau merupakan Menteri Besar Perak yang sah dari tarikh perlantikannya iaitu 6 Februari 2009. Zambry membuat permohonan kepada Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.Dengan itu, kes permohonan Zambry bagi mengisytiharkannya sebagai MB yang sah akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Kisah MB Perak dibawa ke Mahkamah Tinggi...

28 April 2009

Kesahihan MB Perak: Mahkamah Tinggi diminta putuskan
.fullpost{display:inline;}

KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa pertikaian antara Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengenai siapa Menteri Besar yang sah akan didengar dan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi.Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff sebulat suara memutuskan wujud pertikaian fakta dalam dua afidavit yang diikrarkan oleh Mohammad Nizar dan Penasihat Undang-undang Negeri Perak Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.Prosiding untuk meneliti afidavit Ahmad Kamal akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim pada Isnin.Ini merupakan kali kedua kes itu dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi.Kali pertama ialah pada 23 Mac apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan isu membabitkan tafsiran Perkara 16(6) Undangundang Tubuh Negeri Perak perlu didengar dan diputuskan di Mahkamah Tinggi dan hanya boleh dirujuk semula ke Mahkamah Persekutuan melalui rayuan.Alauddin, Hakim Besar Malaya Datuk Ariffin Zakaria dan hakimhakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusuf dan Datuk James Foong hari ini dijadual mendengar permohonan Zambry, yang difailkan pada 21 April, untuk memohon pengisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Besar yang sah. BERNAMABERITA TERDAHULUKUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan memutuskan agar Mahkamah Tinggi yang menentukan fakta-fakta yang menjadi pertikaian berhubung soal pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam krisis politik Perak, yang bermula awal Februari lalu.Sidang lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Alauddin Mohd. Sheriff membuat keputusan sebulat suara hari ini dengan menekankan bahawa terdapat fakta-fakta dipertikaikan yang harus didengar oleh Mahkamah Tinggi.Permohonan untuk semakan kehakiman ditetapkan 4 Mei ini.Dalam permohonannya, bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar kesahihan pelantikan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar negeri itu.-mstar.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 4:16 PM

Apr 25, 2009

UMNO atau PAS ?

@ Penanti - Memilih antara UMNO dan PAS

Untuk melihat sebuah parti itu samada meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan atau tidak bukanlah suatu yang sangat sukar. Setiap parti politik mesti ada undang-undang tubuh atau perlembagaannya. Undang-undang tubuh atau perlembagaan partilah yang menentukan corak dan bentuk sesebuah parti itu. Setiap amalan, sikap, pendirian dan tindakan parti itu adalah merujuk kepada perlembagaannya. Jika perlembagaan perti itu berteraskan sekular, sudah tentu sikap dan pendirian juga amalannya juga mesti merujuk kepada pandangan dan sikap sekularisme.Sebuah parti yang sekular tidak boleh berpendirian dan bersikap menyalahi konsep sekular. Jika parti sekular berpendirian dan bersikap tidak sekular maka ia adalah menyalahi undang-undang tubuh atau perlembagaannya sendiri. Oleh demikian ia tidak dipanggil parti sekular lagi.Begitu juga parti yang undang-undang tubuh atau perlembagaannya berdasarkan Islam. Parti ini mesti bergerak, bersikap, berpendirian dan bertindak mengikut acuan Islam. Sekiranya dalam parti ini bergerak menyalahi Islam maka apa yang dia buat itu adalah tidak sah. Begitulah secara ringkas betapa perlembagaan parti itu mencorakkan rupa bentuk parti itu.
Foto 1 : Blogger alBanjari (raden banjar) di sebelah kiri, Pengerusi Jamai'y Islamiah sedang mempengerusikan Mesyuarat Jamaah di Ipoh ketika kemelut Krisis Perak.
Maka atas perkiraan inilah, maka saya kira Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz telah menyatakan pendirian beliau bahawa hanya PAS menjuarai perjuangan Islam di tanah air ini. Setakat ini tidak ada lagi parti yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan, perlembagaannya benar-benar mengambil Islam sebagai dasar, hanya Parti Islam Se-Malaysia ( PAS ) sahaja. Mungkin ada parti-parti politik lain yang memasukkan perkataan Islam ke dalam perlembagaannya tetapi adakah Islam yang dimaksudkan itu sebagai dasar parti atau sekadar agama seperti agama-agama lain sahaja..?Sebagai perbandingan awal, lihat kepada Perlembagaan UMNO; " Fasal 3(3) asas dan tujuan penubuhan UMNO ialah untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama."Apakah Islam yang dimaksudkan adalah keseluruhan Islam dalam konteks cara hidup ? Ini termasuklah cara berpolitik atau sekadar perkara-perkara rasmi sahaja yang hendak ditegak, dipertahan dan dikembangkan ? Benar, dalam konteks politik Malaysia, UMNO yang membentuk kerajaan memang meletakkan Islam dalam perlembagaannya, tetapi Islam sebagai agama itu adalah bersifat tiga serangkai bersama-sama bangsa dan negara.Agama merupakan satu daripada tiga perkara yang diperjuangkan. Apabila terdapat tiga perkara untuk diperjuangkan, mungkin di sana terdapat keutamaan-keutamaan yang perlu disegerakan dan keutamaan lain ditangguhkan dahulu. Dalam lain-lain hal mungkin keutamaan tidak diberikan kepada agama sahaja. Mungkin terdapat beberapa hal bangsa itu atau negara itu diutamakan dari perkara lain. Maka soal agama tidak semestinya menjadi keutamaan yang paling utama. Ada masanya agama perlu ditolak untuk mengutamakan keutamaan yang lain.Jika dilihat kepada khalayak, mereka2 yang yang mahu menyertai UMNO, antara syaratnya ialah patuh dan taat kepada Perlembagaan UMNO dan Perlembagaan Persekutuan. Sedangkan jika kita rujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, peruntukan seperti perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan adalah jelas bercanggah dengan Islam.Perkara 4(1) Perlembagan Persekutuan berbunyi ; "Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu "Berdasarkan kepada 2 (dua perkara) yang menjadi asas kepada penubuhan UMNO itu, jelas bagi kita bahawa agama yang diperuntukkan dalam perlembagaan UMNO itu ialah agama yang difahami sama seperti agama-agama yang lain, bukannya Islam yang bermaksud Ad-Deen atau sistem hidup atau cara hidup yang lengkap dan menyeluruh.Mereka yang menjadi pendokong dan penyokong parti sekular seperti UMNO juga mengakui bahawa Al-Quran itu kitab mereka. Tetapi dalam masa yang sama mereka menjadikan perlembagaan negara sebagi rujukan tertinggi menggantikan autoriti Al-Quran sebagai rujukan tertinggi dalam pemerintahan serta pentadbiran negara atau rujukan kepada apa-apa keputusan politik yang mereka buat.Maka kekal lah Al-Quran itu hanya menjadi rujukan tertinggi dalam ibadah sahaja. Sepatutnya, sesebuah parti yang benar-benar menjadikan Islam sebagi imannya tidak boleh menjadikan dua perkara sebagai rujukan tertinggi dalam satu masa.Merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, semua undang-undang yang bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan akan terbatal setakat mana ia bercanggah. Dalam peruntukan ini, mereka meletakkan perundangan negara sebagai rujukan serta perundangan tertinggi dan undang-undang lain ( termasuk syari'at Islam ) adalah terbatal sekiranya bercanggah dengannya.Ini bermaksud, sekiranya Al-Quran dan Al-Hadith bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, maka Perlembagaan Persekutuan yang akan dipakai dan secara automatiknya Al-Quran dan Al-Hadith tiada terpakai. Maknanya, undang-undang Persekutuan boleh membatalkan undang-undang Islam yang berasaskan Al-Quran dan Al-Hadith. Perkara ini adalah amat serius di sisi 'aqidah bahkan boleh menjadi syirik kerana menolak sumber utama rujukan Islam.Jika penyokong dan pendokong UMNO mengatakan ianya adalah berdasarkan Islam, maka perkara tidak boleh berlaku. Sepatutnya kedaulatan Islam itulah yang paling tinggi dan tiada yang lebih tinggi dari Islam walaupun perlembagaan persekutuan dan undang-undang lain akan terbatal sekiranya bercanggah dengan Islam. Sebagai contoh, sekiranya Akta Keselamatan Dalam Negari ( ISA ) dan riba itu bercanggah dengan undang-undang serta kaedah Islam, ia tidak boleh diamalkan di negara ini sebab ia bercanggah dengan Islam. Berlainan dengan UMNO kerana mereka tetap mempertahankan perlembagaan negara di dalam undang-undang tubuhnya. Inilah yang didokong oleh UMNO.Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa sesebuah parti politik itu hendaklah dinilai bukan sekadar pada yang tersurat tetapi yang tersirat contohnya, Undang-undang tubuh atau perlembagaan parti walaupun tercatit tetapi kita hendaklah menilai bukan sahaja pada yang tersurat tetapi kita juga hendaklah menilai yang tersirat yang dapat kita capai dengan pemikiran kita. Bagi saya apa yang tersirat tidak boleh dijadikan hujah kerana ia tidak diketahui oleh sesiapa melainkan Allah Ta'ala.
Sekiranya Parti Politik itu politiknya Islam sudah tentu parti tersebut akan mengisytiharkan dan menyatakan dengan jelas bahawa Islam adalah dasar dan teras perjuangan. Kita hanya menilai dengan perkara zahir. UMNO serta parti sekular yang lain (termasuk PKR) sebuah organisasi dan hatinya tertulis di dalam perlembagaan atau undang-undang tubuhnya. Di situlah dapat kita persoalkan apakah di dalam perlembagaan atau undang-undang tubuh UMNO serta parti-parti yang lain (termasuk PKR) tertulis dengan jelas perkataan Islam untuk ditegakkan secara kompreshensif ?Suasana di atas sudah pasti berbeza dengan PAS. PAS pada asasnya bukanlah sebuah organisasi politik. PAS adalah sebuah gerakan atau jama'ah yang memperjuangkan Islam untuk ditegak dan dilaksanakan. Untuk menegak dan melaksanakan Islam, PAS mesti mendapat kepercayaan mejoriti undi untuk mencapai matlamatnya.Oleh itu usaha-usaha perlu dilakukan. Untuk mencapai maksud itu, sudah pastilah PAS akan menyertai pilihanraya. Untuk menyertai pilihanraya, PAS mesti berdaftar dengan pendaftar pertubuhan sebagi parti politik. Jelas di sini bahawa status parti politik adalah wasilah kepada mencapai matlamat PAS. Maka usaha-usaha untuk mencapai matlamat ini juga mesti melalui kaedah yang dibenarkan oleh syarak. Juga ditegaskan sekali lagi, kepada mereka2 yang sering bertanya baik melalui email atau sms, saya menegaskan di sini bahawa Dasar PAS adalah Islam seperti mana yang termaktub di dalam perlembagaan PAS. (alBanjary)
Posted by albanjari at 6:40 PM 0 comments Links to this post