Apr 25, 2009

Idea revolusi maklumat 1

Politikal Innovacionne 1
By webmaster • Apr 18th, 2009 • Category: Isi I, Mat Saman Kati Post Meta
April 18, 2009Isi I, Mat Saman KatimskComments Belowwebmaster757 Words

Pagi tadi…lepas beli ikan sungai kat pekan Sauk..aku ingat nak balik menebas keliling rumah. Lalang dah mencucuk pinggang..temucut dah sampai kelutut.

Sebaik melintasi kedai Janda Bakaq..ada suara menjerit dalam kedai,.” Ooi!!! Kopi O Sauk dah tak sedap ke?”

Mak datuk…tajam perli deme. Aku konar kapcai aku dan terus singgah.

Dalam kedai..Pak Nawi tengah seronok pekena teh dengan kundas ..dan disebelahnya ada sorang lagi. Aku tak kenai sapa.

“Yang ni Tuan Syed..PPD pencen” Pak Nawi memperkenalkan aku kat orang sebelahnya.

“Nak minum ke Bang Maaaat?” Fuiyo….janda Bakaq pun sebut nama aku sampai enam harkat. Tak sangka…dua bulan tak tengok muka aku….ada jugak orang yang rindu. Kalau bik mama aku tau..naya.

“Apa perkembangan terkini?” Pak Nawi tanya aku.

Aku dah tak larat nak jawab soalan tu..sepanjang dua bulan lalu..soalan Pak Nawi tu mungkin kali yang ke 786 orang tanya kat aku. Dan aku tak tau nak jawab apa.

“Nak balik ke Ipoh lagi ke?” Pak Nawi tanya lagi.

“Tak…aku nak menebas…bukak tanah…nak bela kambing balik.” aku jawab.

“Aiik??? dah selesai ke?”

“Mana boleh selesai. Selagi tak ada pilihanraya…selagi tu la tak selesai.”

“Habih..kamu dah serenda (surrender)?” tanya Pak Nawi.

“Bukan serenda…tapi nak cari makan dulu. Ada duit lebih sikit-sikit esok…baru buat balik.” aku jawab.

“Mintak mahap le Ncik Mat…teman nyampuk boleh ke?” Tuan Syed mencelah. “Sebabnya…teman kesian negok kome buat kerja macam orang tak pakai akai.”

Phew!!! berdesing telinga aku. Ni mesti puak belah nun!!!

“Teman dah 33 tahun dalam servis…tiap kali pilihanraya…kami kat jabatan pendidikan kena jadi barua Umno. nak buat macam mana..nak cari makan. tapi bila dah bersara…teman cuba masuk Pas…tak sesuai. Teman keluor…masuk PKR…tak sesuai jugak. Sebab cara kome kerja dari dulu sampai sekarang macam tu jugak. Kalau nak menang pun…tunggu Umno berpecah. nak harap strategi baru…pendekatan baru dalam Pakatan ni..jauh semanggang dari api.” Tuan Syed memulakan ceramah.

“Kome ingat boleh menang ke lawan kat mahkamah?” tanya Tuan Syed.

Aku tak jawab. Nak kata boleh…aku tak harap. Nak kata tak boleh..nak buat macam mana?

“Aku tak harap…” kata Tuan Syed. “Bukan kome tak tak tau mahkamah kat Malaysia ni macam mana! kalau mahkamah boleh buat keputusan mengatasi Speaker…maknanya Speaker tak ada kuasa. Kalau Speaker tak ada kuasa…apa guna ADUN-ADUN bertekak buat undang-undang? Mana ada separation of power lagi dah!

Sepatutnya kome jangan buang masa turun naik mahkamah…tumpukan macam mana nak perkemas jentera pilihanraya…macam mana nak tawan hati pengundi…kena pikirkan macam mana nak menang pilihanraya.

Kome mintak bubar DUN…tapi kalau jadi bubar DUN…kome dah bersedia ke?” tanya Tuan Syed.

Aku teguk kopi O…biarkanlah Tuan Syed berceramah.

“Kome tak boleh nak lawan Umno macam dulu…kena berubah sikit. Deme kontrol semua..jabatan kerajaan, polis, tentera…Raja-Raja pun deme kontrol. kome nak lawan macam mana? Ceramah? Edar risalah? Bukan aku nak kata tak boleh buat ceramah atau edar risalah….tapi pendekatan tu kena la berubah sikit.

Cuba kome tengok kereta jepun. Dalam setahun…berapa model yang deme keluor? Yang ni penting. Dalam bisnis…kalau tak ada innovasi baru…akan ketinggalan. Politik pun macam tu jugak…kena ada innovasi…kena ada perubahan.

Sekarang ni aku tengok…Nizar dengan Siva dok turun naik mahkamah…yang duduk kat bahagian atau kawasan buat apa? Mana pegi ketua-ketua kampung yang kome pilih dulu? mana Ahli Majlis yang kome pilih dulu?” bebuih mulut Tuan Syed.

“Bila Pakatan rakyat tumbang dek rampasan kuasa hari tu..yang kat bawah ni bercempera…lari lintang pukang tak tau apa nak buat. Ada kome buat perancangan macam mana nak gunakan deme ni?”

Fuh!!banyak soalan Tuan Syed..tapi dia bukan nak dengar jawapan aku. tapi aku celah juga…” Ngape Tuan Syed tak masuk mana-mana parti?…kemudian bawak la idea tu kat deme.”

“Aku cakap Pas..deme kata aku sekular. Aku cakap PKR..deme tak tau apa yang aku cakap.” jawab Tuan Syed.

“Apa yang Tuan Syed cakap kat deme?” aku tanya.

“Aku cakap tentang innovasi politik. Tentang CNN-effect…tentang Aljazeera-effect…tentang Nokia-effect…tentang Bloggers-effect. Tapi deme kata aku sekular…baca Fatehah pun tak betui, cakap tak quote Quran dan hadis….naya la aku.” jawab Tuan Syed.

Tok sah kata pemimpin Pas atau PKR…aku pun tak pernah dengor benda yang dia cakap!!

“Macam ni la..” kata Tuan Syed. “krisis di Perak ni bukan krisis perlembagaan. Ini krisis luar perlembagaan..kalau orang ikut perlembagaan…tak jadi krisis. Kalau kome nak lawan ikut perlembagaan…mati le kome. ”

“Habih…tak kan nak berperang kot?” aku tanya.

“Tu la pasai…kamu pun otak macam deme!” selamba je Tuan Syed pangkah aku. “Revolusi Bolshevik berjaya bukan melalui mahkamah atau pilihanraya. Shah Iran berjaya ditumbangkan bukan melalui pilihanraya atau mahkamah. Dan Lech Walesa jadi Presiden Poland bukan kerana dia menang pilihanraya.”

“Whoit!! nak buat revolusi jalanan pulak?” aku tanya.

“Tak..Revolusi teknologi!!” balas Tuan Syed. Pak Nawi masih dok nganga.

“Mah!! bagi teh satu lagi!!” Tuan Syed minta teh lagi satu cawan kat janda Bakaq. Kalau aku tunggu..mesti ikan aku busuk dalam bakul motor.

“Nanti sat Tuan Syed…saya hantor ikan balik dulu. Karang ngamok pulak bik mama kat rumah.” aku minta balik sekejap.

No comments:

Post a Comment