Apr 25, 2009

Idea revolusi maklumat 3

Politikal Innovacionne 3By webmaster • Apr 21st, 2009 • Category: Isi I, Mat Saman Kati
Post Meta
April 21, 2009
Isi I, Mat Saman Kati

Comments Below
webmaster
707 Words

“Aku nak tumpang tui tak pa ka?” Pak Caq yang duduk meja sebelah tiba-tiba angkat cawan teh datang menumpang. Bini dia kami panggil Mak Cor, tapi pasai dia orang Kedah…kawin dengan orang Sauk..kena panggil Pak Caq.
“Aku ingat la…kalau kita buat kat markas lagi baguih. Cukup time semayang..kita semayang…time mengaji, kita mengaji.. tapi kalu hangpa buat kat kedai janda Bakaq ni..aku takut..toksah kata budak muda…yang tua-tua pun sat lagi semua dok kerumun janda Bakaq pulak!” kata Pak Caq.
“Ishhh…sekarang ni pun, yang melepak kat kedai janda Bakaq ni semua orang tua. mana ada orang muda? Kalau kita buat kat markas…yang datang orang kita jugak…puak belah nun tak kan nak datang.” balas Pak Nawi. Lama dia diam…tiba-tiba dia bersuara.
“Cakap banyak pun tak guna…dan kalau buat kat Sauk ni saja pun tak guna.” kata Tuan Syed. “Kamu atur dulu, Mat. Revolusi teknologi ini kena ada empat lapis. dan kita ambik Sauk jadi contoh. Lepas tu buat disetiap kawasan Parlimen.
Paling atas…golongan karyawan. Yang ni yang duduk kat Universiti ka..yang jadi Pengarah ka..tapi mesti orang bijak pandai. Jangan jadi macam dulu…bila kita pegang kerajaan..kita lantik tukang gantung bendera jadi ketua kampung. Tukang bancuh kopi kita lantik jadi Ahli Majlis. Tukang jual bundle kita lantik jadi EXCO..kalau kamu buat macam tu jugak…lingkup jaringan kamu.
Bukan kita nak menolak orang yang gantung bendera, tukang bancuh kopi…tapi setiap orang ada peranan sendiri..bergantung kepada kemampuan deme.
Golongan karyawan ni kena buat analisis, tulisan-tulisan yang akademik, perancangan strategik. tapi pasai orang-orang macam ni selalu tulis dalam bahasa orang putih…kena ada satu team penterjemah.
lagi satu…orang macam ni selalunya kena menyorok…sebab kamu tau saje le kat Malaysia ni…silap-silap..hilang! Jadi jangan paksa deme …buat diam-diam.
Maklumat-maklumat yang diperolehi dari deme ni..bagi kat bloggers. Bloggers pulak…kena permudahkan maklumat ini supaya senang orang paham. Kalau kome ambik tulisan NH Chan…Din Merican..Kim Quek..kamu terus bagi kat orang kampung..bukan deme paham. jadi bloggers kena buat kerja sikit…olahkan maklumat tu supaya senang paham. tak ada le..sikit-sikit cerita malam Jumaat je!
Peranan bloggers pulak macam ni. Satu kawasan Parlimen…mesti ada satu blogger yang aktif. Tu paling kurang…kalau dapat lebih lagi baguih. Dan blogger kawasan ni kena lead.
Sekarang ni pun..aku tengok benda ni dah jadi. Kat Parit Buntar..Albanjari dah ada. Kat Bagan Datoh..Ummi Anni dengan Pak Karamu dah ada. Kat Beruas..Cyberboron dah ada. kat Hulu Perak…Sham dah ada.kat Ipoh..Sya-reformis dah ada. Kat Kuala dengan Padang Rengas…kamu dah ada.
Dan setiap blogger ini…deme ada pengikut sendiri. Tu…yang tukang komen tu..aku buat kajian sendiri…hanya 30% yang komen dimerata blog. Lagi 70%..dia cuma komen kat blog pilihan dia saja. Ramai yang komen kat blog Albanjari..tapi tak pernah komen kat Perakexpress. Ramai yang komen kat Perakexpress tapi tak komen kat blog Ummi. Pengikut Sya-reformis pulak banyak budak-budak muda.
Tukang-tukang komen ini la yang akan jadi pelapis ketiga. Tapi , bagi le deme nama yang sedap sikit…Pemaya. Deme ni banyak maklumat tapi malas buat blog sendiri. Jadi…blogger dengan Pemaya perlu ada hubungan rapat. Kalau boleh..biar kenal secara fizikal.Paling kurang…sebulan sekali mesti berjumpa. Blogger menyampaikan maklumat kepada Pemaya. Dan apa yang kamu perlukan ialah setiap blogger mesti kenal sekurang-kurangnya 20 Pemaya.
Dan lapis keempat ialah tentera semut. Tu…yang duduk bawah pokok mempelam…yang lepak kat kedai Bakor… yang lepak kat Simpang traffic light tu. Kalau setiap Pemaya ada 10 orang tentera semut…satu kawasan Parlimen dah ada 200 tentera semut. Berita tengahmalam…pukul 8 pagi dah sampai kat kedai janda Bakaq. Pukul 10 dah merebak kat bawah pokok mempelam..lepas zohor dah merebak kat masjid. Tak payah pakai suratkhabar…tak payah pakai risalah. Kalau boleh cetak lagi baguih.”
Bebuih mulut Tuan Syed. Pak Caq dengan Pak Nawi tak ada can nak tumpang tui. Tuan Syed meneguk kopi O..belemuih bibior dengan seghodak kopi.”Mah!! buat kopi secawan lagi!!” jerit Tuan Syed kepada janda Bakaq.
“Ada satu lagi yang Tuan Syed tertinggai.” kata Pak Caq.
“Apa dia?” tanya Tuan Syed.
“Golongan teknikal.” jawab Pak Caq. “jurugambar..juruvideo..orang telekom..cikgu-cikgu..kakitangan kerajaan..”
“Deme ni nak buat apa?” tanya Tuan Syed.
“jadi SB.La ni..masing-masing ada handphone yang ada camera…boleh tangkap video. Ada gambar atau video…hantaq kat blogger. Cikgu-cikgu boleh salurkan maklumat kepada blogger. Kat sekolah tu…macam-macam maklumat ada. Ibu bapa kerja apa..gaji berapa..semua ada. Yang kerja telekom boleh smuggle maklumat no telephone…no handphone…senang kita nak contact. Kakitangan kerajaan boleh smuggle maklumat…sapa yang dapat tender..sapa punya syarikat.” cerita Pak Caq.
fuiyo!!! ini dah boleh buat satu jabatan!!
Bila PR menang nanti..kena buat satu Kementerian…Hal Ehwal Blogger. tapi kalau kalah..boleh duduk kat Kamunting.
Bonne journee.

No comments:

Post a Comment